Saturday 8 October 2011

Wahai Insan.


Wahai Insan....

by in a relationship with on Friday, 28 January 2011 at 21:29
Wahai Insan....

by Abu Hanifah on Friday, January 28, 2011 at 10:23pm



Wahai insan, 
Kau dah tahu dunia ini sementara kenapa kau kejar juga. 
Kau tahu dunia ini menipu engkau kenapa kau bersahabat dengannya ?

Wahai insan, 
Kau tahu wang dan segala peralatan dunia nanti menjadi api dikubur kamu. 
Kamu mengumpul jua harta yang banyak. 
Kamu mengumpul jua kenderaan yang baik-baik. 
Kamu mengumpul jua pakaian yang cantik dan mahal-mahal.. 

Wahai insan, 
Kau tahu kau hamba Allah tetapi kau engkar. 
Kau kerjakan kemaksiatan bukankah telah Allah kurniakan segala pancainderamu itu sebagai nikmat kenapa kau sia-siakannya..?

Bukankah matamu itu diperuntukan melihat alam ciptaan Allah, 
Bukankah ianya untuk melihat para ulama dan guru-guru yang menyuruh membuat kebaikan? 
Tapi kenapa kau lebih suka melihat apa yang diharamkan ? 

Kenapa dengan mulut kamu wahai insan.. ?
Tidakkah ianya hanya satu dan kamu selalu menuturkan perkara yang mungkar dan umpatan ? 
Tidak takutkah bangkai yang perlu kau jamah nanti 
Tidakkah kau selalu makan dan selalu lalai..?




Kenapa dengan telinga kamu wahai insan ?
Kau dengar perkara yang tidak benar.. 
Kau dengar perkara yang engkar.. 
Tidakkah kau inginkan telinga kau menjadi saksi dengan mendengar ayat-ayat suci dan kata-kata dari mereka yang benar ? 

Wahai insan, 
Berapa kali kau sujud kepada Allah ? 
Tidakkah diberi sihat kepada kamu untuk melakukan kebaikan.. 
Tidurkah kau dimalam hari dengan nyenyak 
atau tenangkah tanpa ada sedikit sujud kepada Allah ? 

Wahai insan, 
Kau banyak bercakap !
Tidakkah kau tahu ilmu itu hanya sedikit sahaja yang kau ketahui ?
Tidakkah bercakap itu melupakan kau pada Allah.. ?

Wahai insan, 
Apa yang kau mahu sekarang ?
Adakah kau mahu fakir dari dunia yang fana ini 
atau pangkat dan darjat ?




Wahai insan, 
Segera kau ingat apa yang kau mahu.. 
Lekas kau buat apa yang termimpi olehmu.. 

Wahai insan, 
Aku tahu hati kamu sebagaimana 
aku tahu kau susah dengan apa yang ada. 

Wahai insan, 
Lebih baik kau buang apa yang ada 
sebelum terlambat dan menjadi semakin pekat. 
Jaga hati kamu tidak menjadi nanah..
Jaga hatimu agar tidak berdarah.. 
Jaga hatimu dari segala ungkapan yang tidak baik. 
Jaga hatimu dan berkatalah kaulah manusia yang jahat 
kaulah manusia yang hina !

Lebih baik kau di hina dari menerima kepujian 
kerana kau tidak layak untuk itu.

Wahai insan, 
Kau hinakanlah diri mu itu 
sebelum kau langkah 
kepada yang Hak ! 

Wahai insan, 
Jika kau masih tidur, kau adalah manusia yang paling rugi.. 
Jika kau merangkak adalah lebih baik dari 
kau terus menerus merapatkan tulang rusukmu kepada bumi ini 

Wahai insan, 
Merangkaklah walaupun setapak..
Dari kau hanyut dengan arus dunia ini.
Yang kau tahu hanya sementara kenapa kau kejarnya !

Wallahua'alam...
 ·  · Share

No comments:

Post a Comment