Sunday 16 October 2011

Susah sangat ke?


Susah sangat ke?

by Sekadar Perkongsian on Wednesday, 26 January 2011 at 06:07
Terima Kasih

Syukran

Thanks

Susah untuk dilafazkan. Tapi kenapa ye??Aku tak faham..
Hargailah mereka yang menolong..
Kasihan pada mereka yang bersusah-payah membantu,
Fine,
Kita akan cakap, tak perlu mengharapkan penghargaan dan balasan daripada manusia,
Berharaplah sepenuhnya pada Pencipta. Itu mungkin yang kita rasa..
Tapi sedarlah hakikat sebenarnya..

Sedarkah kita..
Tok Guru ada berpesan,

Dalam kolum Mauidzah (Harakah)

Penerima zakat hendaklah berterima kasih kepada orang telah berbudi dengan harta zakat itu. (Petikan daripada tajuk: Program berkesan basmi kemiskinan melalui zakat. Tapi ulasan part ni sama dengan konteks perbincangan saya ni). Sambung Tok Guru lagi, berdoalah untuknya sekurang-kurangnya dengan “jazakallahu khairan wa akhlafaka khathira” (semoga Allah membalasnya dan menggantikannya dengan yang lebih baik lagi). Malah wajar memuji kebaikannya di hadapan orang lain, meskipun manusia diajar supaya berterima kasih kepada orang yang memberi.
Namun hendaklah difahami bahawa orang yang memberi itu sekadar wasitoh (pengantara), antara Allah S.W.T yang bersifat “Ar-Razzaq” dengan penerima zakat itu. Memang yang jadi wasitoh patut menerima pujian, tetapi tidak dinafikan pujian sebenarnya adalah untuk ALLAH. Sabda Rasulullah S.A.W, yang bermaksud, “Sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, bererti dia tidak bersyukur kepada ALLAH S.W.T.” (Untuk maklumat lanjut, sila rujuk akbar Harakah, 12-15 Zulkaedah1429H/10-13 Nov 08, ms F6)

Selain itu, jika merujuk teori Humanistik yang diperkenalkan oleh Maslow, dalam hieraki keperluan yang diketengahkannya, penghargaan merupakan elemen yang sangat penting menurutnya..

“Penghargaan kendiri merupakan keperluan pada tahap yang keempat sebelum seseorang itu mencapai self actualization (kesempurnaan kendiri)”

Seharusnya kita faham bahawa, perasaan untuk dihargai itu adalah fitrah kita sebagai manusia. Sejarah juga pernah membuktikan dalam Sirah Pembukaan Kota Mekkah (Fiqh Sirah 3: pg 560,575 n 576). Ianya berkaitan dengan kisah Abu Suffian yang merasakan dirinya dihargai oleh Rasulullah S.A.W., apabila rumahnya menjadi tempat perlindungan penduduk Mekkah ketika itu. Petikan tersebut berbunyi:

“Barang sesiapa yang memasuki rumah Abu Sufyan selamatlah dia, dan barangsiapa yang berada dalam rumahnya yang berkunci pintunya selamatlah dia, dan barangsiapa yang masuk ke dalam masjid juga selamatlah dia”

Jelaslah di sini bahawa fitrah manusia memerlukan penghargaan. Kerana dengan penghargaan tersebut mampu menjadi penggerak (self motivation) untuk mendorong manusia bergerak ke arah lebih positf. Jadi jangan lokek untuk melafazkannya, kerana dengan satu lafaz itu bisa menjana enjin-enjin semagat sahabat-sahabat kita untuk menjadi lebih progresif, proaktif dan seterusnya produktif dalam bergerak kerja.

p/s: Artikel ini untuk ingatan bersama. Aku pun selalu lupe.. Maka, aku ingatkan orang lain supaya boleh ingatkan aku time aku lupe nanti. Syukran  semua sahabatku atas segala ingatan dan tunjuk ajar ..

No comments:

Post a Comment