Sunday 16 October 2011

Kami Mencintai & Merindui Mu Ya Rasulallah


Kami Mencintai & Merindui Mu Ya Rasulallah

by Maha Faqir on Wednesday, 02 February 2011 at 11:36
          ~~Kami Mencintai & Merinduimu Ya Rasulallah, jangan biarkan kami...selamatkanlah kami dengan syafa'atmu...~~

Wahai Rabbiy, sungguh aku tidak dapat menahan kesabaran ku menunggu detik-detik berkumpulnya para hambaMU utk sama-sama membesarkan syiar agamaMU dengan memuliakan kekasihMU, insan terindah yang tercinta lagi dirindui, Sayyidina Muhammad Rasulullah sallallahu 'alaihi wa alihi wa sohbihi wa sallam dengan mengalunkan bacaan maulid, salawat & qasidah memuji-muji Baginda Rasulullah SAW.

Pada hari Khamis malam Jumaat ini masuklah bulan yang dinanti2 oleh para pencinta Sayyidina Muhammad SAW iaitu bulan kelahiran Baginda SAW, Rabiul Awwal.

Wahai saudara-saudaraku yang dikasihi Allah SWT, marilah kita jadikan tanggal 1 Rabiul Awal ini titik permulaan utk kita istiqamah membaca salawat untuk Baginda Tercinta SAW semampu yang kita boleh samada 100x atau lebih sekemampuan kita agar ianya menjadi amalan dalam kehidupan kita seharian secara berterusan.

Mungkin telah banyak jadual yg kita buat utk aktiviti harian kita, lalu kita azamkan jangan tertinggal dalam jadual harian kita, salawat kita untuk Baginda Tercinta SAW....jika tidak kerana keperitan, kesusahan dan kepayahan Baginda Tercinta SAW pada masa lampau, tidaklah kita merasai segala kenikmatan yang dikecapi pada hari ini.

Basahkanlah lidah kita dgn salawat memuji, mengenang & merindui Baginda SAW yang cinta Baginda SAW kepada kita adalah melebihi daripada cinta kita kepada diri kita sendiri.

Mari kita ingatkan saudara2, sahabat2 & orang2 yang kita kasihi utk bersama2 memperbanyak bersalawat kpd Sayyidina Muhammad Rasulullah sallallahu 'alaihi wa alihi wa sohbihi wa sallam.
Bukankah kita jika kita mengasihi seseorang itu, kita tidak akan sanggup melihatnya susah dan bersedih. Oleh itu jika kita kasih kpd saudara kita, serulah mereka kepada amalan yang akan menyelamatkan mereka di hari yang tidak ada keraguan lagi iaitu "Yaumul Qiamah".

~~ "Ya Rabbana, kumpulkanlah kami bersama-sama dengan kekasihMU Sayyidina Muhammad SAW dan tambahkanlah rasa cinta & rindu kami pada Baginda SAW setiap detik nafas kami dan berilah kekuatan kepada kami untuk mengamalkan sunnah Baginda SAW dalam kehidupan kami agar tangan-tangan kami ini diperkenankan oleh Engkau Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim untuk disambut dan disyafa'ati oleh Baginda SAW, agar mata kami diizinkan oleh Engkau untuk melihat Baginda SAW didalam mimpi kami sebelum dapat menatap wajah bercahaya Baginda SAW di yaumal qiamah kelak. Amin Allahumma Amin" ~~



Jom kita hadir beramai-ramai...
 ·  · Share

No comments:

Post a Comment