Wednesday 19 October 2011

Rukun IMAN 4 : AWAS! JANGAN CUBA-CUBA MENGHINA NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM


Rukun IMAN 4 : AWAS! JANGAN CUBA-CUBA MENGHINA NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM

by Bicara Ad-din on Tuesday, 22 February 2011 at 16:54
Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wasallamu `Ala RASULILLAH, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan Salam ke atas RASULULLAH SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM, keluarga, sahabat dan para pengikut BAGINDA)

Pada masa ini banyak cara telah digunakan dan dilakukan sama ada secara langsung atau sebaliknya yang boleh mencemarkan keperibadian dan kemuliaan NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM. Lebih menyedihkan lagi ialah apabila perbuatan MENGHINA NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM dilakukan secara terang-terangan oleh musuh-musuh Islam.Selaku orang Islam, perkara sedemikian TIDAK boleh dipandang ringan. Oleh yang demikian adalahWAJIB ke atas semua umat Islam mengetahui dengan jelas apakah perkara-perkara yang dianggap boleh MENGHINA atau mendustakan NABI itu dan kesan akibat daripadanya.

Kedudukan Dan Kemuliaan NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM Dalam al-Qur’an
NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM sebagai NABI dan RASUL terakhir WAJIB DIIMANIBAGINDA diutus sebagai pembimbing dan pemimpin umat manusia dan alam seluruhnya. Dalil-dalil yang MEWAJIBKAN umat Islam supaya memuliakan, mengagungkan, menghormati dan mentaati NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM, antaranya firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala supaya mentaati RASULULLAH SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM ialah:


Tafsirnya: "Sesiapa yang ta‘at kepada RASUL, maka sesungguhnya dia ta‘at kepada Allah” (Surah an-Nisaa’:80).

Perintah Allah ‘Azza wa Jalla untuk memuliakan dan menghormati RASULULLAH SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM, firmanNya:


Tafsirnya: "Wahai orang-orang yang BERIMAN! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RASULNYA” (Surah al-Hujuraat:1).

FirmanNya lagi:


Tafsirnya: "Wahai orang-orang yang BERIMAN! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara NABI SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu TIDAK hapus pahalanya, sedang kamu TIDAK menyedarinya” (Surah al-Hujuraat:2).

Bahkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan para malaikatNya memberi segala penghormatan dan kebaikan kepada junjungan besar kita NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM dalam firmanNya:


Tafsirnya: "Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada NABI (Muhammad SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM), wahai orang-orang yang BERIMAN, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya” (Surah al-Ahzab:56).

Gambaran Yang Sesuai Dengan Fitrah NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM
Meletakkan seseorang itu pada suatu kedudukan yang selayaknya dan memperlakukannya sesuai dengan taraf kemuliaan, martabat dan darjatnya adalah dituntut dalam agama Islam. Perkara ini dinyatakan oleh ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha dalam satu riwayat bahawa RASULULLAH SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM bersabda:


Maksudnya: "Tempatkan manusia itu (sesuai) menurut kedudukan-kedudukan mereka”(HR.Abu Daud).

Maka sesuai dengan kedudukan dan martabat NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM yang mulia dan tinggi, setiap gambaran yang dinisbahkan kepada BAGINDA WAJIBLAH dengan gambaran yang baik, indah dan elok. Jauh dari sebarang kekurangan dan kecacatan yang mengaibkan serta TIDAK pula menyalahi fitrah BAGINDA sebagai seorang NABI dan RASUL. Maka gambaran yang baik itu merangkumi keseluruhan diri BAGINDA dari pelbagai segi, antaranya ialah:

1.        Akhlak Dan Keperibadian
Akhlak dan keperibadian NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM itu adalah al-Qur’an dan NABI SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM merupakan uswah hasanah, iaitu contoh ikutan yang baik kepada umatnya. Perkara ini telah disebutkan dalam al-Qur’an, antaranya firman Allah Ta‘ala:


Tafsirnya: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri RASULULLAH itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) Hari Akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” (Surah al-Ahzab:21).

Manakala Sayyidatuna ‘Aisyah dan para sahabat radhiyallahu ‘anhum dalam riwayat mereka telah menceritakan tentang kemuliaan dan ketinggian keperibadian serta akhlak RASULULLAH SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM, antaranya:

Daripada Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu:


Maksudnya: "RASULULLAH SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM itu adalah orang yang paling baik akhlaknya” (HR.Muslim).

Daripada Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma:


Maksudnya: "NABI SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM itu orang yang paling dermawan (dalam hal kebaikan) dan BAGINDA paling dermawan pada bulan Ramadhan tatkala bertemu (malaikat) Jibril” (HR.al-Bukhari).

Daripada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha apabila ditanya tentang akhlak RASULULLAH SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM:


Maksudnya: "RASULULLAH SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM bukanlah seorang yang keji (dalam percakapan dan perbuatan) dan bukan (juga) seorang yang sengaja membuat keji, bukan seorang yang suka berteriak di pasar dan (BAGINDA) TIDAK membalas kejahatan dengan kejahatan (melainkan dengan kebaikan). Akan tetapi BAGINDA seorang yang suka memaafkan dan (menzahirkannya dengan) berjabat tangan” (HR.at-Tirmidzi).

Antara bukti bahawa BAGINDA seorang yang suka memaafkan bahkan BAGINDA membalas kejahatan dengan kebaikan sebagaimana riwayat Jabir bin Abdullah bahawa dia bersamaRASULULLAH SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM pergi berperang di kawasan Najd apabila mereka tiba di suatu lembah yang terdapat banyak pohon yang berduri. Lalu NABI SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM pun beristirehat dibawah salah satu pohon tadi dan menggantungkan pedangnya pada cabang pohon tersebut. Manakala para sahabat yang lainnya berteduh di sekitar kawasan lembah. Selanjutnya RASULULLAH SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya seorang lelaki datang kepadaku ketika aku sedang tidur. Lelaki tersebut telah mengambil pedangku yang tergantung pada cabang pohon itu. Ketika aku sedar dia telah berdiri dekat kepalaku dan aku TIDAK perasan ternyata pedang itu sudah terhunus di tangannya. Lelaki tersebut berkata kepada ku:


Maksudnya: "Siapakah yang akan dapat mencegah kamu dariku?”.
Aku (BAGINDA) menjawab: "Allah”.
Kemudian dia berkata untuk kali kedua: "Siapakah yang akan dapat mencegah kamu dariku?”.
Lalu aku (BAGINDA) menjawab: "Allah”.
BAGINDA selanjutnya bersabda: "Lelaki tadi pun menyarungkan pedang tersebut lalu terduduk”.
Kemudian lelaki tersebut dibiarkan sahaja oleh RASULULLAH SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM" (HR.Muslim).

2.        Rupa Fizikal
Di samping keindahan dan keelokan akhlak dan keperibadian BAGINDA, begitu juga rupa fizikalBAGINDA telah disebutkan dalam banyak riwayat. Antaranya ialah atsar yang diriwayatkan oleh Ismail bin Abi Khalid bahawa Abu Juhaifah radhiyallahu ‘anhu berkata mengenai RASULULLAH SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM:


Maksudnya: "Aku (Abu Juhaifah) memandang (kepada) NABI SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM dan adalah Hasan bin Ali ‘alaihimassalam itu mirip kepada BAGINDA.
Aku (Ismail) berkata kepada Abu Juhaifah: "(Bayangkanlah) sifat BAGINDA kepadaku”.
Abu Juhaifah berkata: "BAGINDA itu berkulit putih, berambut hitam yang memutih (mulai beruban)” (HR.al-Bukhari).

Al-Jurairi bertanya kepada Abu ath-Thufail apakah dia pernah melihat RASULULLAH SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM, lalu Abu ath-Thufail pun menjawab:


Maksudnya: "Ya, BAGINDA berkulit putih bersih dan berwajah tampan” (HR.Muslim).

PENGHINAAN Terhadap NABI SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM
Khatib asy-Syarbini dalam bab ar-Riddah menjelaskan bagaimana suatu perbuatan atau perkataan daripada seorang muslim yang dianggap sebagai mendustakan dan MENGHINA mana-mana NABIatau RASUL. Antara pendustaan dan PENGHINAAN terhadap para NABI dan RASUL ialah:

1.        Dengan menafikan (TIDAK membenarkan) KENABIAN atau KERASULAN mana-mana NABIatau RASUL Allah, iaitu daripada 25 orang NABI yang
WAJIB DIIMANI. Begitu juga syak dengan KERASULAN salah seorang RASUL.
2.        Dengan mendustakan mana-mana NABI atau RASUL.
3.        Dengan MENGHINA diri RASUL atau NABI tersebut.
4.        Atau dengan merendah-rendahkan (memperolok-olokkan) RASUL atau NABI.
5.        Atau dengan merendah-rendahkan nama RASUL atau NABI.
6.        Atau dengan memperkecilkan satu anggota daripada anggota-anggota tubuh NABI dengan maksud PENGHINAAN.
7.        Atau dengan mempersendakan sunnah RASULULLAH SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM. Antara contoh mempersendakan sunnah RASULULLAH itu
adalah seperti berikut:

7.1.        NABI SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM menjilat ketiga-tiga jari BAGINDA apabila telah selesai makan. Adapun sunnah ini berdasarkan
riwayat daripada Anas:


Maksudnya: "Bahawa (NABI SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM) jika BAGINDA telah (selesai) makan sesuatu makanan, BAGINDA menjilat ketiga-tiga jari BAGINDA”(HR.Muslim).

Lalu seseorang itu mengatakan cara makan NABI sedemikian itu menjijikkan!

7.2.        Contoh yang lain, apabila dikatakan kepadanya: "Potonglah kuku kamu kerana itu merupakan sunnah”.
Maka dia berkata: "Aku TIDAK akan melakukannya sekalipun ianya (memotong kuku) adalah sunnah!”.
Dia bermaksud dengan jawapan-jawapan tersebut untuk mengejek-ejek atau mempersendakan sunnah.

Contoh-contoh di atas merupakan suatu PENGHINAAN terhadap NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM.

Menzahirkan Bentuk Diri NABI SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM Adalah Dilarang
Menzahirkan bentuk fizikal NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM dalam apa jua bentuk, cara dan niat adalah dilarang dalam Islam. Bahkan hukumnya HARAM. Sama ada tujuannya adalah untuk menyanjung atau mengagungkan, ataupun dengan niat untuk MENGHINA. Cara menzahirkan itu pula adalah melalui apa jua medium (bentuk atau cara), misalnya:

1.        Melalui Ukiran, Lukisan Atau Lakaran
Sejarah telah merakamkan bahawa tujuan sesuatu benda diukir menjadi patung pada mulanya hendak dijadikan iktibar atau mengenang jasa dan sebagai penghormatan, tetapi berakhir dengan ukiran tersebut menjadi objek yang disembah, dipuja, diagungkan dan diletakkan di tempat yang tinggi seolah-olah ianya sesuatu yang mulia.

Beginilah yang telah disebut dalam Surah Nuh bahawa patung yang pada asalnya diukir sebagai penghormatan untuk orang-orang soleh pada zaman NABI Nuh, disembah dan diagungkan pula oleh orang yang terkemudian. Ini adalah hasil dari bisikan syaitan dan juga kerana mereka menyangka itulah yang telah dilakukan oleh nenek-moyang mereka.


Tafsirnya: "Dan (ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: "Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) Tuhan-Tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa‘, dan Yaghuts, dan Ya‘uuq, serta Nasr” (Surah Nuh:23).

Oleh kerana itu NABI SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM telah melarang dengan kerasnya perbuatan mengukir dan melakar atau melukis objek-objek yang bernyawa sebagaimana sabdaBAGINDA riwayat Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma:


Maksudnya: "Sesungguhnya mereka yang membuat gambar-gambar (berjisim iaitu patung atau TIDAK berjisim iaitu lukisan, tenunan, ukiran dan sebagainya) ini akan dikenakan seksa pada Hari Kiamat. Dikatakan kepada mereka (dengan pertanyaan PENGHINAAN): "Hidupkanlah apa yang telah kamu cipta itu” (HR.al-Bukhari).

Melukis gambar NABI merupakan pembohongan dan pendustaan semata-mata kerana mereka yang melukis gambar itu tiada melihat NABI dan mustahil dia melihat NABI kerana dia hidup dalam zaman yang berlainan. Perbuatan ini juga dilarang hatta sekalipun semasa hidup BAGINDA sendiri.

2.        Melalui Lakonan Filem, Pentas atau Rakaman Suara
Para ulamak di seluruh dunia dalam fatwa mereka dan juga keputusan persidangan Islam telah melarang dan membantah dengan keras dan seterusnya MENGHARAMKAN sebarang lakonan yang dilakonkan di dalamnya (karakter) NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM atau ahli keluarga BAGINDA atau NABI-NABI yang terdahulu atau para sahabat. Para ulamak juga menentang sebarang percubaan untuk melakonkan karakter BAGINDA dan mereka yang lainnya dalam filem, lakonan pentas atau sandiwara radio. Perbuatan ini dianggap sebagai suatuPENGHINAAN terhadap darjat dan merendahkan serta menjatuhkan martabat NABI SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM.

Berdasarkan penjelasan di atas, ukiran seperti membuat patung dan lukisan (karikatur), lakonan dalam filem atau di atas pentas, suara-suara melalui radio dan sebagainya dalam bentuk apa pun, semua ini dianggap menjatuhkan martabat dan kemuliaan NABI SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM.

Hukuman Dari Pendustaan Dan PENGHINAAN Terhadap NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM
Menurut matan al-Minhaj ath-Thalibin dalam kitab Mughni al-Muhtaj, apabila seseorang muslim itu mendustakan mana-mana NABI atau RASUL sebagaimana contoh-contoh yang telah disebutkan di atas, maka akibat dari perbuatannya itu boleh membawa kepada riddah (murtad, iaitu terkeluar dari agama Islam). Perkara ini telah pun ditegaskan berulang kali dalam beberapa firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan hadis RASULULLAH SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM serta ijmak ulamak. Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam firmanNya telah menyatakan kufur ke atas sesiapa yang MENGHINAAllah dan RASULNYA:


Tafsirnya: "Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RASULNYA kamu memperolok-olok dan mengejeknya?”. Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) IMAN” (Surah at-Taubah:65-66).

Al-Imam Ibnu al-Mundzir juga menyatakan kesepakatan ulamak bahawa sesiapa yang MENGHINANABI MUHAMMAD SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM, maka ke atasnya hukuman bunuh. Manakala dalam firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang lain, orang yang mempermain-mainkan paraRASUL Allah yang terdahulu telah ditimpakan dengan azab, firmanNya:


Tafsirnya: "Dan demi sesungguhnya, telah diperolok-olokkan beberapa RASUL sebelummu, lalu orang-orang yang mengejek-ejek di antara mereka, ditimpakan balasan azab bagi apa yang mereka telah perolok-olokkan itu” (Surah al-Anbiya’:41).

Adapun pendustaan terhadap NABI SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM akan menempah tempat yang diperbuat dari api Neraka. Dalam sebuah hadis shahih daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhuRASULULLAH SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM telah bersabda:


Maksudnya: "Dan sesiapa yang mendustakanku dengan sengaja, maka (hendaklah) dia (sendiri) menyediakan tempatnya dari api Neraka” (HR.al-Bukhari).

Daripada Abu ‘Ubaid daripada Salmah bahawa beliau mendengar NABI SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM bersabda:


Maksudnya: "Sesiapa yang membangsakan (mengatakan) perkataan kepadaku (sedang) aku TIDAK pernah mengatakan perkataan itu, maka (hendaklah) dia (sendiri) menyediakan tempatnya dari api Neraka” (HR.al-Bukhari).

Pendustaan Dan PENGHINAAN Daripada Musuh-Musuh Islam
Pendustaan dan PENGHINAAN yang dilakukan oleh sesiapapun TIDAK terkecuali daripada hukum dalam Islam. Kerana itulah antara sebab yang boleh MEMBATALKAN perjanjian keamanan bagi ahlidzimmah ialah apabila mereka secara terang-terangan mencela agama Islam, al-Qur’an, MENGHINAAllah atau menyatakan sesuatu yang buruk mengenai RASULULLAH SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM atau RASUL-RASUL yang lainnya.

Begitu juga PENGHINAAN yang dilakukan oleh ahli keluarga dan kerabat yang kafir. Pada asalnya, hukumnya adalah MAKRUH bagi seorang yang berperang membunuh ahli keluarganya dan mahramnya yang kafir, bahkan perkara ini sangat ditegah. Namun Imam an-Nawawi berpendapat bahawa jika mereka MENGHINA Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau MENGHINA RASULNYA MUHAMMAD SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM, iaitu dengan mengatakan sesuatu yang buruk mengenaiRASUL, atau MENGHINA agama Islam, maka pada ketika itu TIDAK lagi dihukumkan MAKRUH membunuh mereka. Perkara ini sebagaimana dalam syarah matan al-Minhaj dalam Mughni al-Muhtaj:


Ertinya: "Dan MAKRUH bagi orang yang berperang membunuh kerabat dan (membunuh) mahram adalah lebih lagi (MAKRUH hukumnya). Saya berpendapat: "Melainkan jika dia (orang yang berperang itu) mendengarnya (kerabat dan mahram yang kafir) MENGHINA Allah atau RASULULLAH SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM. Wallahu A‘lam”.

Ini kerana mendahulukan hak Allah dan hak RASULNYA adalah lebih utama dalam semua hal sebagaimana dalam firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam Surah al-Mujadalah:


Tafsirnya: "Engkau TIDAK akan dapati sesuatu kaum yang BERIMAN kepada Allah dan Hari Akhirat, tergamak berkasih mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RASULNYA, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka” (Surah al-Mujadalah:22).

Manakala melahirkan kecintaan terhadap RASULULLAH SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAMdalam ayat di atas mencerminkan KEIMANAN seseorang. Itulah juga yang disebut dalam hadis riwayat Anas bin Malik bahawa RASULULLAH SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM bersabda:


Maksudnya: "TIDAK BERIMAN salah seorang daripada kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya”
(HR.Muslim).

Penutup
Perbuatan MENGHINA NABI MUHAMMAD SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM itu jika datangnya daripada orang Islam, maka akibatnya adalah selain dia menjadi kufur dan jika TIDAK segera bertaubat; akan dikenakan hukuman yang amat berat serta dijanjikan dengan azab di akhirat kelak. Jika PENGHINAAN itu datangnya daripada orang-orang bukan Islam, maka KEWAJIPAN kita orang Islam membela dan mempertahankan kemuliaan dan kehormatan BAGINDA SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM itu.

RENUNGAN: Memuliakan NABI MUHAMMAD vs MENGHINA NABI MUHAMMAD
NABI MUHAMMAD adalah seorang yang berwajah tampan
NABI MUHAMMAD adalah seorang yang berkulit putih bersih
NABI MUHAMMAD adalah seorang yang amat elok rupa fizikalnya
NABI MUHAMMAD adalah seorang yang berambut hitam yang memutih (mulai beruban)..

NABI MUHAMMAD kisahnya banyak disebut dalam al-Qur’an
NABI MUHAMMAD sebagai NABI dan RASUL terakhir WAJIB DIIMANI
NABI MUHAMMAD memperolehi kedudukan dan kemuliaan yang amat tinggi disisi Allah
NABI MUHAMMAD diutus sebagai pembimbing dan pemimpin umat manusia serta alam seluruhnya
NABI MUHAMMAD adalah WAJIB ditaati, dihormati, dimuliakan dan diagungkan oleh umat Islam..

NABI MUHAMMAD bukan seorang yang suka berteriak di pasar
NABI MUHAMMAD bukan juga seorang yang sengaja membuat keji
NABI MUHAMMAD bukan seorang yang keji dalam percakapan dan perbuatan
NABI MUHAMMAD TIDAK membalas kejahatan dengan kejahatan melainkan dengan kebaikan
NABI MUHAMMAD adalah seorang yang suka memaafkan dan menzahirkannya dengan berjabat tangan..

Memuliakan NABI MUHAMMAD adalah perintah Allah
Memuliakan NABI MUHAMMAD akan mendapat keredhaan Allah
Memuliakan NABI MUHAMMAD juga datang dari Allah dan para malaikatNya
Memuliakan NABI MUHAMMAD adalah dengan selawat serta salam kepada BAGINDA..

Memuliakan NABI MUHAMMAD adalah dituntut dalam agama Islam
Memuliakan NABI MUHAMMAD adalah tanda bagi orang yang BERIMAN
Memuliakan NABI MUHAMMAD adalah mencerminkan KEIMANAN seseorang
Memuliakan NABI MUHAMMAD akan mendapat balasan baik di Hari Akhirat kelak..

Memuliakan NABI MUHAMMAD hendaklah ketika dalam masa susah dan juga senang
Memuliakan NABI MUHAMMAD adalah dengan mengikut kata al-Qur’an yang diturunkan kepadaBAGINDA
Memuliakan NABI MUHAMMAD adalah dengan mencontohi akhlak dan keperibadian BAGINDA yang amat baik
Memuliakan NABI MUHAMMAD hendaklah melebihi cintanya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya
Memuliakan NABI MUHAMMAD adalah dengan mendahulukan hak Allah dan hak RASULNYA lebih utama dalam semua hal..

Memuliakan NABI MUHAMMAD adalah dengan TIDAK mendahului Allah dan RASULNYA
Memuliakan NABI MUHAMMAD adalah dengan TIDAK memandai-mandai sebelum Allah danRASULNYA
Memuliakan NABI MUHAMMAD adalah dengan TIDAK mengangkat suara dengan lantang melebihi suara BAGINDA
Memuliakan NABI MUHAMMAD adalah dengan TIDAK melakukan sesuatu perkara sebelum mendapat hukum Allah dan RASULNYA..

Memuliakan NABI MUHAMMAD adalah dengan memperlakukan BAGINDA sesuai dengan taraf darjatnya
Memuliakan NABI MUHAMMAD adalah dengan memperlakukan BAGINDA sesuai dengan taraf martabatnya
Memuliakan NABI MUHAMMAD adalah dengan memperlakukan BAGINDA sesuai dengan taraf kemuliaannya
Memuliakan NABI MUHAMMAD adalah dengan meletakkan BAGINDA pada suatu kedudukan yang selayaknya..

Memuliakan NABI MUHAMMAD adalah WAJIB jauh dari sebarang kekurangan dan kecacatan yang mengaibkan BAGINDA
Memuliakan NABI MUHAMMAD adalah WAJIB dengan TIDAK menyalahi fitrah BAGINDA sebagai seorang NABI dan RASUL
Memuliakan NABI MUHAMMAD adalah WAJIB dengan gambaran yang sesuai dengan fitrahBAGINDA yang mulia dan tinggi
Memuliakan NABI MUHAMMAD adalah WAJIB dengan gambaran yang baik, indah dan elok merangkumi keseluruhan diri BAGINDA..

MENGHINA NABI MUHAMMAD bererti mencela agama Islam
MENGHINA NABI MUHAMMAD bererti mencela al-Qur’an
MENGHINA NABI MUHAMMAD bererti MENGHINA Allah
MENGHINA NABI MUHAMMAD bererti menyatakan sesuatu yang buruk mengenai BAGINDA..

MENGHINA NABI MUHAMMAD itu hukumnya HARAM
MENGHINA NABI MUHAMMAD amat dilarang dalam Islam
MENGHINA NABI MUHAMMAD TIDAK boleh dilakukan oleh sesiapapun
MENGHINA NABI MUHAMMAD TIDAK terkecuali daripada hukuman dalam Islam..

MENGHINA NABI MUHAMMAD boleh dihukum bunuh
MENGHINA NABI MUHAMMAD boleh merosakkan iman
MENGHINA NABI MUHAMMAD boleh membawa kepada kufur
MENGHINA NABI MUHAMMAD boleh membawa kepada murtad iaitu terkeluar dari agama Islam
MENGHINA NABI MUHAMMAD boleh MEMBATALKAN perjanjian keamanan bagi ahli dzimmah..

MENGHINA NABI MUHAMMAD adalah tanda orang yang TIDAK BERIMAN
MENGHINA NABI MUHAMMAD boleh menghapuskan pahala amal tanpa disedari
MENGHINA NABI MUHAMMAD akan dikenakan azab seksa pada Hari Kiamat kelak
MENGHINA NABI MUHAMMAD dengan mendustakan akan menempah tempat dari api Neraka..

MENGHINA NABI MUHAMMAD adalah sesuatu yang sangat menyedihkan bagi umat Islam
MENGHINA NABI MUHAMMAD telah dilakukan secara terang-terangan oleh musuh Islam
MENGHINA NABI MUHAMMAD mesti dibantah dengan sekerasnya oleh setiap orang Islam
MENGHINA NABI MUHAMMAD adalah perkara yang TIDAK boleh dipandang ringan oleh orang Islam
MENGHINA NABI MUHAMMAD melalui perbuatan dan perkataan WAJIB diketahui oleh setiap orang Islam..

MENGHINA NABI MUHAMMAD itu termasuk menafikan KENABIAN atau KERASULAN BAGINDA
MENGHINA NABI MUHAMMAD itu termasuk syak dengan KENABIAN atau KERASULAN BAGINDA
MENGHINA NABI MUHAMMAD itu termasuk mendustakan KENABIAN atau KERASULAN BAGINDA
MENGHINA NABI MUHAMMAD itu termasuk TIDAK membenarkan KENABIAN atau KERASULAN BAGINDA..

MENGHINA NABI MUHAMMAD itu termasuk MENGHINA diri BAGINDA
MENGHINA NABI MUHAMMAD itu termasuk merendah-rendahkan nama BAGINDA
MENGHINA NABI MUHAMMAD itu termasuk merendah-rendahkan (memperolok-olokkan) BAGINDA
MENGHINA NABI MUHAMMAD itu termasuk memperkecilkan satu anggota daripada anggota tubuhBAGINDA..

MENGHINA NABI MUHAMMAD itu termasuk menolak sunnah BAGINDA
MENGHINA NABI MUHAMMAD itu termasuk TIDAK melakukan sunnah BAGINDA
MENGHINA NABI MUHAMMAD itu termasuk mengejek-ejek atau mempersendakan sunnahBAGINDA
MENGHINA NABI MUHAMMAD itu termasuk membangsakan perkataan kepada beliau sedangkanBAGINDA TIDAK pernah berkata sedemikian..

MENGHINA NABI MUHAMMAD itu termasuk menzahirkan bentuk fizikal BAGINDA dalam apa jua bentuk, cara dan niat
MENGHINA NABI MUHAMMAD itu termasuk menzahirkan bentuk fizikal BAGINDA melalui ukiran, patung, tenunan, lukisan atau lakaran
MENGHINA NABI MUHAMMAD itu termasuk menzahirkan bentuk fizikal BAGINDA yang merupakan pembohongan dan pendustaan semata-mata
MENGHINA NABI MUHAMMAD melalui ukiran, patung, tenunan, lukisan atau lakaran adalah HARAM sekalipun semasa hidup BAGINDA sendiri..

MENGHINA NABI MUHAMMAD itu termasuk melakonkan karakter BAGINDA melalui lakonan filem, lakonan pentas atau rakaman suara
MENGHINA NABI MUHAMMAD itu termasuk melakonkan karakter ahli keluarga BAGINDA melalui lakonan filem, lakonan pentas atau rakaman suara
MENGHINA NABI MUHAMMAD itu termasuk melakonkan karakter para sahabat BAGINDA melalui lakonan filem, lakonan pentas atau rakaman suara
MENGHINA NABI MUHAMMAD melalui lakonan filem, lakonan pentas atau rakaman suara boleh merendahkan darjat dan menjatuhkan martabat BAGINDA..

Persoalannya: "Adakah diri kita sendiri memuliakan NABI MUHAMMAD?"

Berapa kali kita memuliakan NABI MUHAMMAD ketika dalam masa susah dan juga senang?
Berapa kali kita memuliakan NABI MUHAMMAD dengan mengikut kata al-Qur’an yang diturunkan kepada BAGINDA?
Berapa kali kita memuliakan NABI MUHAMMAD dengan mencontohi akhlak dan keperibadianBAGINDA yang amat baik?
Berapa kali kita memuliakan NABI MUHAMMAD dengan melebihi cintanya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya?
Berapa kali kita memuliakan NABI MUHAMMAD dengan mendahulukan hak Allah dan hak RASULNYAlebih utama dalam semua hal?

No comments:

Post a Comment