Andai DIA bukan untuk KU
by Sekadar Perkongsian on Monday, 17 January 2011 at 13:57
Sesungguhnya cinta ALLAH, adalah cinta teragung,
Seandainya kita meletakkan segala usaha kita padaNYA,
Kita tidak akan kecewa,
Bila mana seseorang itu tidak tercipta untuk kita....
Kita merancang, ALLAH juga merancang
Tetapi rancangannNYA adalah yang terbaik.
Kita sebagai hamba hendaklah redha
Atas segala ketentuanNYA....
Kerana DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita........
"Dia" yang ditunggu itu bukanlah milik kita
Walaupun setelah tiba masanya
Kita harus sentiasa ingat"dia" yang ditunggu itu
Hanya pinjaman daripada ALLAH s.w.t.
Untuk memikul amanah khalifah di muka bumi.
Jadi walau siapapun "dia",
Tanamkan niat untuk ALLAH DAN ISLAM
Berpeganglah dengan ini.
Kita tidak akan rasa kecewa,
Kerana ALLAH kasihkan kita dan "dia"
No comments:
Post a Comment