Sunday 16 October 2011

JOM Tidur!!!


JOM Tidur!!!

by Sekadar Perkongsian on Wednesday, 19 January 2011 at 14:57
Allah Ta’ala berfirman, "Dan kami jadikan tidurmu untuk istirahat, dan Kami jadikan malam sebagai pakaian, dan kami jadikan siang untuk mencari penghidupan.."(An naba: 9-11)

Setiap hari kita tidur tuk istirehat, tetapi apakah tidur kita itu mendapat ganjaran pahala? apakah keadaan tidur kita itu selamat daripada gangguan?
disini saya ingin berkon...gsi sedikit ilmu tentang adab-adab tidur mengikut sunnah Rasulullah SAW. saya susun mengikut flow supaya senang tuk diamalkan nanti.

  1. berwudhuk sebelum tidur.

إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وَضُوءَكَ لِلصَّلَاةِ

”Apabila engkau ingin masuk tidur, maka berwudhuklah seperti wudhuk orang ingin melakukan solat” [Sahih Bukhari, Sunan Abu Daud]

2.bersihkan tempat tidur.

ambil sehelai kain dan mengibas-ngibas tempat yang ingin kita tidur sambil membaca Laa haula wala quwwata illa billahil'aliyyul 'adziim sebanyak tiga kali. supaya kalau-kalau ada serangga yang berbisa ke.

3.membaca surah-surah.

setelah membersihkan tempat tidur, duduk berlunjur dulu dan membaca surah al-fatihah.
seusai membacanya bacalah ayatul kursi sebanyak 3 kali sebagai pendinding dari gangguan-gangguan yang tidak baik yang dapat menghalang daripada gangguan jaraknya adalah dari pintu rumah ke tempat tidur.
selepas itu membaca tiga qul yang dikumpulkan dalam kedua-dua belah tangan, dan melakukan isyarat ludah ke tangan itu dan menyapunya keseluruh badan kecuali tapak kaki dan kemaluan. lakukannya sebanyak tiga kali. kerana tuk mengelakkan daripada sihir dan pelbagai lagi gangguan makhluk halus.

4.baringkan badan.

Tidur cara Rasulullah s.a.w dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
yakni tidur diatas rusuk kanan. semolek-moleknya dada mengadap kiblat.
(ini adalah cara tidur para Nabi dan Rasul)
ataupun tidur seperti dalam keadaan kita solat yakni tangan di dada tetapi kaki kanan di atas kaki kiri. kaki kepala kita kena mengadap kiblat. ( ini adalah cara tidur wali-wali Allah)

kalau kita tidur diatas rusuk kiri kita akan terasa sesak nafas sedikit kerana disini terletaknya jantung kita. ( diibaratkan tidurnya seperti raja yang haloba)

jangan tidur meniarap! kerana ini adalah cara tidur syaitan!

5.doa dan lafaz syahadah.

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ

bismikallahumma ahya wa amut

Artinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati

setelah itu kita baca lafaz syadahah, mana kita kalau-kalau kita mati ke. dan sesungguhnya tidur itu juga mati sementara.
dan jadikan ianya sebagai zikir sebelum tidur yakni membaca Laa Ilahaaillah. bacalah sehingga kita tertidur.
dan ini juga tips untuk sesiapa yang susah nak lelapkan mata.

6.bangun tidur.

semasa tidur kita diikat oleh syaitan dan bagi melepaskan ikatan itu, begini caranya :

 pertama :

mula-mula kita buka mata ni, sebutlah ALLAH.
selepas itu baru kita baca doa selepas tidur.

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur

Artinya :
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit

 kedua : mengambil wudhuk.

selepas itu bolehlah kita solat subuh berjemaah tanpa rasa berat.

diharap apa yang saya kongsikan ini dapat kita amal dan sampaikan,
insyaALLAH. 

No comments:

Post a Comment