Sunday 16 October 2011

Wanita seksi!!!!


Wanita seksi!!!!

by Sekadar Perkongsian on Wednesday, 19 January 2011 at 06:05
Jika seorang wanita muslimah memakai hijab (jilbab), secara tidak langsung ia berkata kepada semua kaum lelaki "Tundukkanlah pandanganmu, aku bukan milikmu serta kamu juga bukan milikku, tetapi saya hanya milik orang yang dihalalkan Allah bagiku. Aku orang yang merdeka dan tidak terikat dengan siapa pun dan aku tidak tertarik kepada siapa pun, kerana saya jauh lebih tinggi dan terhormat dibanding mereka yang sengaja mendedahkan auratnya supaya dinikmati oleh banyak orang."

Wanita yang bertabarruj atau pamer aurat dan menampakkan keindahan tubuh di depan kaum lelaki lain, akan mengundang perhatian lelaki hidung belang dan serigala berbulu domba. Secara tidak langsung ia berkata, "Silakan anda menikmati keindahan tubuhku dan kecantikan wajahku. Adakah orang yang mahu mendekatiku? Adakah orang yang mahu memandangiku? Adakah orang yang mahu memberi senyuman kepadaku? Atau manakah orang yang berseloroh "Aduhai betapa cantiknya?"

Mereka berebut menikmati keindahan tubuhnya dan kecantikan wajahnya, sehingga membuat lelaki terfitnah, maka jadilah ia sasaran empuk lelaki penggoda dan suka mempermainkan wanita.

Manakah di antara dua wanita di atas yang lebih merdeka? Jelas, wanita yang berhijab secara sempurna akan memaksa setiap lelaki yang melihat menundukkan pandangan dan bersikap hormat. Mereka juga menyimpulkan, bahawa dia adalah wanita merdeka, bebas dan sejati, sebagaimana firman Allah Subhannahu wa Ta'ala ,"Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu." (Al-Ahzab :59).

Wanita yang menampakkan aurat dan keindahan tubuh serta paras kecantikannya, laksana pengemis yang merengek-rengek untuk dikasihani. Hal itu jelas mengundang perhatian lelakiyang hobi menggoda dan mempermainkan kaum wanita, sehingga mereka menjadi mangsa lelaki bejat dan rosak tersebut.Dia ibarat binatang buruan yang datang sendiri ke perangkap sang pemburu. Akhirnya, ia menjadi wanita yang terhina, terbuang, tersisih dan kehilangan harga diri serta kesucian. Dan dia telah menjerumuskan dirinya dalam kehancuran dan malapetaka hidup.

No comments:

Post a Comment