Sunday 16 October 2011

ku menulis kerana nama


ku menulis kerana nama

by Sekadar Perkongsian on Tuesday, 25 January 2011 at 20:25
Assalamualaikum.. Satu lagi NOTES yang akan menerima kontroversi selepas PUBLISH
Memang menarik, aku PUBLISH ini untuk nasihat akan diri aku sendiri, tidak lain dan tidak bukan. Tapi kalau ada yang terasa dengannya, harap mohon maaf ya. Hidup ini tak best la kalau tidak dikongsi bersama kan? "Sharing is Caring"


Mode:- Muhasabah diri

Ketika tulisan mulai jadi sebutan orang 
Ketika pendapat di  dipuji-puji 
Ketika 'post' mendapat penghargaan 
Ketika idea-idea dikatakan sangat bernas
Astaghfirullahal 'azhim...
Astaghfirullahal 'azhim...

Terangsanglah semangat mencari idea-idea segar 
Terangsanglah untuk mencari bukti-bukti menguatkan argumentasi 
Terangsanglah untuk 'komen' di WALL orang lain, untuk promosi AKAUN sendiri 
Terangsanglah untuk mem'famous'kan diri sendiri!
Astaghfirullahal 'azhim...
Astaghfirullahal 'azhim...

Niat asal sudah lari 
Niat bukan lagi untuk tujuan DAKWAH
Niat kini untuk promosi diri 
Niat kini untuk naikkan NAMA sendiri!
Astaghfirullahal 'azhim...
Astaghfirullahal 'azhim...

Dalam FB: 
Tiap hari 'check' brape NOTIS dah arini? 
Tiap hari 'check' brape 'comment' dalam WALL kali ni?

Dalam NOTES: 
Tiap hari 'check' brape respon untuk 'post' tempoh hari? 
Tiap hari 'check' brape 'post' lagi nak naik status ni?

Tiap hari...cari ruang promosi NAMA sendiri 
Sebabnya... 
Aku Menulis Hanya Kerna NAMA  
Astaghfirullahal 'azhim...
Astaghfirullahal 'azhim...

Tulisan ini bukan untuk mencela sesiapa 
Tulisan ini bukan untuk menyalahkan sesiapa 
Tulisan ini bukan untuk mereka-reka cerita 
Tulisan ini buat renungan diri SENDIRI la!
Astaghfirullahal 'azhim...
Astaghfirullahal 'azhim..



Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat." (An Nasr 110:3)




Karya Asal : Aku Menulis Hanya Kerna Nama!.

No comments:

Post a Comment