Wednesday 19 October 2011

Kurangnya ilmu


Kurangnya ilmu

by Resam Melayu on Wednesday, 02 March 2011 at 22:56
Bicara dengan sahabat yang sebangsa pada suatu petang menarik untuk dikongsi bersama. Perbualan mengenai perbilangan adat Melayu. Apa yang kurang enak didengar apabila sahabat saya memperlekehkan orang dahulu yang tidak tahu menggunakan perbilangan yang betul serta tidak mengikut hukum.

Saya bertanya, apakah contoh yang dimaksudkan? Katanya " biar mati anak jangan mati adat". Menurutnya perbilangan ini harus dibuang dan tidak sesuai digunakan lagi kerana lebih mementingkan adat daripada anak sendiri. Malah bertentangan dengan norma kehidupan. "Ibarat zaman jahiliah Arab yang menanam anak sendiri demi adat kuno mereka", tambahnya lagi.

Saya cuma tersenyum. Pokoknya, jawapan yang harus diberikan ialah bukan kerana maksud perbilangan adat tersebut tetapi sebenarnya dia yang salah paham. Terlalu ramai yang mencemuh perbilangan ini. Di internet mahupun di buku tulisan adat N.S. Tetapi kenapa mereka tidak memahami maksud sebenar anak di sini? Anak bukan bermaksud anak manusia, malah anak di sini ialah anak pinang. Seperti juga ramai yang tidak paham tentang peribahasa 'seperti melepaskan batok ditangga.. Tegasnya ialah batok dan bukannya batuk. Kejahilan kita yang menyebabkan orang lain turut sama terpesong..

No comments:

Post a Comment