Wednesday 19 October 2011

Pengkhianatan Yahudi Di Sepanjang Sejarah


Pengkhianatan Yahudi Di Sepanjang Sejarah

by Madrasah Nur At-Taufiq on Monday, 04 October 2010 at 23:33






 Permusuhan abadi orang-orang Yahudi terhadap umat Islam seperti yang dinyatakan dalam ayat 28 Surah Al-Maaidah dapat disaksikan di sepanjang sejarah umat Islam. Di zaman Rasulullah s.a.w. orang-orang Yahudi yang pada awalnya menyertai Persetiaan Madinah kemudiannya melakukan beberapa pencabulan dan pengkhianatan.
Antaranya :
- Percubaan Bani An-Nadhir membunuh Nabi S.A.W.
- Percubaan meracuni Rasulullah S.A.W. ketika peperangan Khaibar
- Percubaan Lubaid bin Al-„Aisom seorang Yahudi daripada Bani Zuraiq mengenakan sihir terhadap Rasulullah S.A.W.
- Kegiatan menghasut puak Quraisy di Mekah dan Kabilah-Kabilah Arab sekitar Madinah oleh Yahudi Bin Qainuqa‟ dan Bani Al-Nadhri untuk   memerangi Rasulullah S.A.W. pada peperangan Al-Ahzaab.

Ekoran tindak tanduk mereka menggugat keselamatan Negara Islam yang baru ini, Rasulullah S.A.W. pada mulanya mengambil tindakan mengeluarkan mereka daripada Madinah. Tetapi tindakan ini tidak dapat menghentikan mereka daripada berusaha mengancam keselamatan Negara melalui peperangan Al-Ahzab. Maka Rasulullah S.A.W. akhirnya memerintahkan supaya semua Yahudi dikeluarkan dari Semenanjung Arab, seperti yang terdapat dalam Hadis Riwayat Imam Ahmad dari Abu Ubaidah Al-Jarrah yang bermaksud : “ Keluarkan Yahudi Hijaz dan Najran dari Semenanjung Arab ”.

Namun umat Islam seolah-olah memandang ringan dan tidak memberi perhatian yang serius untuk mendalami hikmah dan mengambil pengajaran daripada tindakan Rasulullah S.A.W. ini, khususnya dalam menjaga keamanan dan keselamatan agama dan negara. Kealpaan ini mengakibatkan berlaku tragedi penghapusan Khilafah Uthmaniah hasil daripada konspirasi Yahudi Donma yang diberi Perlindungan oleh Kerajaan Uthmaniah daripada penindasan Bangsa Eropah.

Siapakah Yahudi Donma ini ? Dan apakah sejarah mereka ?
Sejak kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol pada tahun 1492M di tangan pasangan Raja Katolik yang fanatik, iaitu Ferdinand dan Isabella, kebebasan beragama tidak lagi wujud seperti di zaman Islam . Bukan sahaja orang-orang Islam dihalau keluar dari Sepanyol tetapi juga penganut Yahudi. Kedua-dua pemerintah salibiah ini melihat kewujudan Yahudi juga boleh membahayakan pemerintahan mereka. Ini kerana mereka dapati orang-orang Yahudi cuba menyusup ke kedudukan penting negara untuk melakukan kerosakan. Selain daripada itu, didapati para rabbi Yahudi membuat pertafsiran terhadap falsafah Yunani untuk tujuan menyusupkan kedalamnya ajaran-ajaran Taurah.

Apabila gerakan merosakkan ajaran Kristian dengan bertopengkan kegiatan ilmiah ini di sedari dua Raja Katholik ini mengambil keputusan menghalau orang-orang Yahudi keluar dari Sepanyol. Dianggarkan lebih tiga ratus ribu Yahudi terlibat dalam pengusiran ini.

Pada ketika ini, Kerajaan Uthmaniah diperintah oleh Sultan Bayazid al-Thani. Bagi membantu orang-orang Yahudi yang diusir keluar dari Sepanyol, sekumpulan Rabbi Yahudi di Eropah mengemukakan permohonan kepada Sultan Uthmaniah ini agar membenarkan orang-orang Yahudi berpindah ke negeri-negeri di bawah Kerajaan Uthmaniah. Permohonan ini diperkenan oleh Baginda tanpa sebarang syarat.

Setibanya di Turki, orang-orang Yahudi mula menguasai aktiviti-aktiviti perniagaan serta gedung-gedung perniagaan yang besar di bandar-bandar utama seperti Izmir, Salonika, hingga ke ibu negara Constantinople (Istanbul). Sebahagian mereka diberi kedudukan penting dalam Istana dan dalam pentadbiran negara. Bagi mengukuhkan lagi penyusupan mereka ke dalam Kerajaan Uthmaniah, Majlis Tertinggi Yahudi mengarahkan sebahagian pengikutnya supaya memeluk Islam untuk lebih mudah mengelirukan orang-orang Turki. Maka sebahagian orang-orang Yahudi yang terkemuka menganut Islam secara zahir. Mereka menggunakan nama-nama Islam, dan mengamalkan ajaran Islam secara zahir. Ini memudahkan mereka berusaha secara halus bagi mencapai matlamat „Zionisme, iaitu menumbangkan pemerintahan Islam dan mendirikan negara Yahudi di Palestin. Golongan ini dikenali dalam sejarah Kerajaan „Uthmaniah sebagai Yahudi Donma. Kalimah “Donmik” dalam bahasa Turki pada asalnya bermakna “yang kembali kepada hidayah” berasaskan keadaan zahir mereka yang dianggap kembali kepada Islam. Namun pada hakikatnya mereka adalah Yahudi seperti yang dinyatakan oleh Muhammad Rusydi Bek, seorang Donma yang telah meninggalkan pergerakan ini “ “Donma adalah Yahudi pada batinnya dan mereka tiada kaitan sama sekali dengan Islam” . Yahudi Donma menggunakan dua nama: Islam dan Ibrani. Mereka mempelajari kitab Talmud dan merujuk kepada Rabbi Yahudi perkara-perkara yang berkaitan dengan agama dan kehidupan.

Melalui kaedah penyamaran ini, mereka berjaya menyusup ke berbagai-bagai bidang penting dalam negara seperti pentadbiran, ketenteraan dan di kalangan pelajar. Di samping itu mereka mendirikan pusat-pusat Freemason di seluruh negara, dan mengasaskan pertubuhan-pertubuhan sulit seperti gerakan “Turki Muda” bagi menarik pelajar-pelajar Turki di dalam dan luar negara menyertai mereka. Beberapa individu penting berjaya ditarik menyertai pertubuhan Freemason seperti Mustafa Kamal Basha yang digelar “Ataturk”.

Yahudi Donma memainkan peranan penting dalam penubuhan dan perjalanan pertubuhan Sulit “al-Ittihad Wattaraqqi” (Bersatu dan Maju). Pada asalnya “al-Ittihad” bergerak di kalangan pelajar-pelajar maktab tentera, manakala “Attraqqi” bergerak dikalangan pegawai-pegawai awam. Kedua-dua sayap tentera dan awam ini telah bersetuju untuk bergabung dalam satu perbincangan di Paris dan berikrar untuk menjatuhkan Sultan Abdul Hamid. Mustafa Kamal Ataturk merupakan anggota penting dalam pertubuhan ini.

Berkaitan dengan latar belakang Mustafa Kamal, terdapat berbagai-bagai sumber yang mengesahkan beliau adalah daripada Yahudi Donma. Menurut “Dairah al-Ma‟arif al-Yahudiah” (Ensiklopedia Yahudi). “ Kalangan Yahudi Salonika menyatakan bahawa Kamal Ataturk adalah daripada Yahudi Donma, ia juga merupakan pandangan kebanyakan golongan Islam yang menentangnya “ . Arnol Toynbee, menyatakan tentang keturunan Mustafa Kamal, “Sesungguhnya darah Yahudi mengalir dalam tubuh keluarga Kamal. Ini kerana Salonika merupakan tempat tumpuan Yahudi ketika dihalau keluar dari Sepanyol “ . Antara tokoh Islam yang menyatakan bahawa Mustafa Kamal adalah daripada Yahudi Donma ialah Syeikh Mustafa Sobri, Syeikhul Islam Kerajaan Uthmaniah (1919 – 1920). Mustafa Sadiq al-Rafii, “Abbas Mahmudal-„Aqqad, Muhammad Khalifah al-Tunisi, Sheikh Muhammad al-Ghazali dan beberapa penulis Islam. Perlu disebutkan di sini bahawa tiada seorang pun daripada anggota rombongan yang dihantar oleh pucuk pimpinan “al-Ittihad Wattaraqqiu‟ untuk menyampaikan ketetapan memecat Sultan Abdul Hamid terdiri daripada Muslim atau Turki. Mereka terdiri daripada seorang Yahudi, Emanuel Qurah Su, dan tiga orang daripada Yahudi Donma keturunan Armania, Yunani de Yugoslavia, iaitu Asad Tubatani, Arif Hikmat dan Aram Afandi. Melihat keadaan ini, Sultan Abdul Hamid hanya mampu bertanya “Siapakah yang membawa Yahudi ini (Qurah Su) ke makam Khalifah ? “ . Namun masanya sudah terlambat. Pertanyaan seperti ini perlu dikemuka dan dikaji berasaskan Quran dan Sunnah sebelum keputusan dibuat untuk membenarkan Yahudi berpindah ke negara Islam. Sultan Abdul Hamid kemudiannya ditangkap dan dihantar bersama keluarganya ke Markaz Yahudi Donma di Salonika pada tahun 1328H/1909M.

Sebaik sahaja Sultan Abdul Hamid disingkirkan, akhbar-akhbar Yahudi melahirkan kegembiraannya kerana “penindas Israel” pada anggapan mereka telah berjaya disingkirkan. Ini diikuti dengan kempen memburukkan Sultan Abdul Hamid dan pemerintahan Khilafah, serta menaikkan imej Mustafa Kamal dan kuncu-kuncunya di seluruh dunia melalui media massa yang dikuasai oleh Yahudi.

Pada hakikatnya penggulingan Sultan Abdul Hamid adalah merupakan sebahagian daripada konspirasi Yahudi untuk merampas Palestin dan mendirikan negara Israel. Ini terbukti apabila Belfour Declaration yang memberi hak kepada Yahudi mendirikan negara di Palestin dikeluarkan dalam tahun 1917, iaitu hanya selepas lapan tahun Sultan Abdul Hamid disingkirkan. Bernard Lewis menyatakan “Sesungguhnya Pertubuhan Persaudaraan Freemason telah bekerjasama dengan Yahudi secara rahsia untuk menyingkirkan Sultan Abdul Hamid kerana Baginda adalah begitu kuat menentang Yahudi. Baginda menolak dengan keras untuk memberi walau sejengkalpun bumi Palestin kepada Yahudi “ . Najmuddin Erbakan, bekas pemimpin parti Rafah ketika mengulas perkara ini menyatakan “Pergerakan Freemason berusaha bersungguh untuk menyingkirkan Sultan Abdul Hamid, dan usaha mereka berjaya. Rumah Persatuan Freemason pertama di Turki ketika pemerintahan Uthmaniah ditubuhkan oleh Qurah Su, seorang Zionis. Ia kemudiannya disertai oleh pegawai-pegawai tentera di Salonika “ .

Berasaskan Quran dan Sunnah dan berpandukan pengalaman sejarah sifat asasi bangsa Yahudi antara lain ialah :al-kazib, al-khianah, al-ghadr, iaitu dusta, khianat dan belot. Ini ialah kerana ajaran dalam kitab suci mereka Talmud menuntut orang-orang Yahudi melakukan demikian terhadap bukan Yahudi untuk mencapai tujuan mereka. Kerana menurut Talmud, bukan Yahudi adalah haiwan yang dicipta dalam bentuk manusia untuk berkhidmat kepada bangsa Yahudi. Oleh itu sifat-sifat keji di atas mereka lakukan sebagai satu suruhan agama.

Memandangkan hakikat ini, Rasulullah S.A.W. mengambil sikap berjaga-jaga sejak dari awal lagi. Sebaik tiba di Madinah Baginda memerintahkan Zaid bin Thabit mempelajari bahasa yang digunakan oleh orang Yahudi untuk mengelak daripada ditipu ketika berurusan dengan mereka.

Sejarah kejatuhan kerajaan Uthmaniah di tangan Yahudi, sekalipun setelah melakukan jasa besar dengan memberi perlindungan kepada mereka daripada penindasan bangsa Eropah, menuntut kita memberi perhatian yang lebih serius terhadap petunjuk Quran dan Sunnah dalam apa saja yang berkaitan dengan Yahudi. Malah pengalaman umat bukan Islam yang pernah berhadapan dengan bangsa yang menganggap diri mereka sebagai superhuman nature ini, membawa kesimpulan yang sama, iaitu : dusta menjadi darah daging mereka. Hitler dalam bukunya Mein Kampf, ketika mengungkap pengalaman bangsanya berurusan dengan Yahudi menulis; “From time immemorial, however, the Jews have Known better then any others how falsehood and columny can be exploited. Is not their very existence founded on one great lie, namely, that they are a religious community, whereas in reality they are a race? And what a race! One of the greatest thinkers that mankind has produced has branded the Jews for all time with a statement which is profoundly and exactly true. He (Schopenhauer) called the Jew, “The Great Master of Lies‟: Those who do not realize the truth of that statement or do not wish to believe it, will never be able to lend a hand in helping Truth to prevail “.


Saya berpandangan kita umat Islam belum lagi memberi perhatian terhadap kajian yang berkaitan dengan Yahudi setimpal dengan penekanan Quran dan Sunnah terhadap kaum ini. Sepanjang pengetahuan saya, tiada satu pusat kajian yang memberi tumpuan khusus kepada kajian ini, berbanding dengan orang-orang Yahudi yang mempunyai banyak pusat kajian mengenai Islam dan umat Islam. Maka tidak hairanlah mengapa Moshe Dayan, Menteri Pertahanan Israel yang dianggap sebagai hero the Six Day War 1967 antara Arab dan Israel sanggup mendedahkan rahsia bagaimana dia menewaskan tentera Arab dalam sebuah buku.

Apabila ditanya dalam satu temubual tidakkah dia bimbang rahsia tersebut diketahui oleh orang Arab. Beliau menjawab, “Tak perlu bimbang, kerana mereka tidak membaca (mengkaji), kalau mereka baca, mereka tak faham dan kalau mereka faham pun, mereka tak amalkan”. Inilah antara kelemahan ketara umat yang diturunkan kepada mereka “Iqra”, hinggakan Moshe Dayan yang hanya mempunyai sebelah mata mampu melihatnya. Fahaman kita tentang “jihad” umpamanya masih dalam bentuk yang lama. Apabila disebut jihad, maka ia mesti disertai oleh kebisingan, seperti gemercing atau dentuman senjata, ataupun pekikan dan laungan dalam tunjuk perasaan menentang Yahudi dan Amerika. Maka ditengah-tengah gegak gempita tunjuk perasaan anti Yahudi, dan di celah-celah kepulan asap bendera Israel/Amerika yang dibakar, tanpa disedari Yahudi menyelinap masuk ke dapur, hingga ke bilik tidur dan sampai ke dalam “kelambu”. Sedangkan bangsa Yahudi dengan perjuangan senyap mereka, telah berjaya menguasai bangsa Eropah yang dahulunya menindas mereka dengan bilangan yang sangat kecil. Dan sekarang tumpuan penuh mereka ialah untuk menguasai umat Islam.

Sumber dari : http://www.muftiwp.gov.my/v1/doc/APABILA_YAHUDI_REDA_DENGAN_ISLAM.pdf
 ·  · Share

No comments:

Post a Comment