Sunday 16 October 2011

All Muntaqim (maha pembalas)


All Muntaqim (maha pembalas)

by Sekadar Perkongsian on Monday, 17 January 2011 at 06:45
Sesungguhnya manusia itu sentiasa lupa, sesuai dengan gelaran insan yang berasal daripada perkataan ‘nasiya’ dalam bahasa Arab. Namun begitu kadang-kadang ada juga yang berpura-pura lupa. Bagi golongan seperti ini amat aneh sekali apabila mereka menjadi begitu kuat sekali memori ingatan mereka apabila berhadapan dengan nikmat Allah. Begitu juga apabila berhadapan dengan syariat agama yang selari dengan selera mereka. Mereka menerima arahan supaya menyegerakan berbuka puasa dengan penuh ketaatan, namun mereka melalaikan dari peringatan supaya menjaga daripada perbuatan haram dan sia- sia ketika berpuasa. Begitu juga dalam urusan kehidupan yang lain.

Oleh sebab itu saya yang dhaif ini ingin mengingatkan diri ini dan sahabat sekalian mengenai sebuah firman Allah di dalam surah an najm; “ dan bagi Allah semua yang ada di langit dan di bumi, supaya Dia akan membalas orang yang membuat kejahatan dengan apa yang dia perbuatkan, dan Dia membalas orang yang beramal kebaikan dengan ganjaran kebaikan.”(surah an najm)

Dalam ayat di atas, Allah swt telah menyatakan kepada kita mengenai satu sifir dan formula yang mudah. Sifir ini tidak akan berubah sehingga hari kiamat. Sebagaimana guru di sekolah mengajar 5-3=2, maka tiada walau seorang pun yang mampu mengubah 5-3=6 ataupun bersamaan dengan nombor lain. Kerana apa? Kerana itu sudah menjadi ketetapan alam yang diprogramkan Allah.

Kalau kita merujuk lagi kepada ayat di atas, maka kita dapat lihat bahawa pada awalnya, Allah swt telah membuat pengisytiharan bahawa segala isi langit dan bumi ini temasuk diri kita ialah milik-Nya. Jika kita memiliki sebuah barang permainan, maka kita berhak ke atas barang itu sama ada kita hendak mengecatnya atau mengubahsuai barang tersebut. Bahkan kita berhak untuk membuangnya jika perlu. Kerana apa? Sudah tentu kerana kita pemiliknya. Begitu juga dengan situasi yang ingin sayautarakan. Semua yang ada di langit dan di bumi ialah milik Allah, maka sudah tentu Dia berhak memperlakukan apa sahaja terhadap barang milik-Nya.

Kalau kita berfikir lagi, ternyata kita kalah kerana kita tidak mampu melakukan apa-apa pun melainkan kita terpaksa menggunakan hak ‘orang lain’. Tetapi, mungkin kerana sikap biadap kita yang telah lama dibiar berulat di dalam hati, maka kita langsung tidak padai mengucap terima kasih kepada Si Pemilik. Maka kepada pebiadab seperti ini, jangan marah kalau biadab anda dibalas dengan biadap. Biadap bukan sebarang biadap, jika di dunia ini hanya anda seorang yang biadap, ketahuilah selepas ini semuanya akan berlaku biadap kepada anda. Biadap daripada malaikat, bumi, api dan pebiadap-pebiadap lain.

Seterusnya Allah swt meyakinkan kita semua bahawa Dia akan membalas segala amal baik dan buruk kita sesuai dengan nama-Nya, al Muntaqim (maha pembalas). Baik dibalas dengan kebaikan, jahat dibalas dengan kejahatan. Oleh sebab itu, berfikirlah dengan sebaik-baiknya sebelum melakukan sesuatu. Ingat, kita akan dibalas setimpal dengan amalan kita. Bersedialah untuk dibalas. Sediakan payung sebelum hujan. Jangan lupa dengan sifir ini, amal+baik=kebaikan, amal+jahat=kejahatan.
 ·  · Share

No comments:

Post a Comment