Sunday, 16 October 2011

Apakah kamu menyangka kamu sudah beriman, Sedangkan kamu belum diuji?


Apakah kamu menyangka kamu sudah beriman, Sedangkan kamu belum diuji?

by Sekadar Perkongsian on Monday, 17 January 2011 at 12:31
Islam masih dalam keadaan dagang sekarang pun, kerana umat Islam bukan sedikit bahkan ramai, tp mereka ibarat buih2 dilautan yg hanyut kerana ditimpa penyakit cinta dunia. Rukun Islam dan Rukun Iman, antaranya percaya kepada perkara yg ghaib, manusia tahu dengan kehidupan akhirat yg kekal abadi, tp berapa ramai yg betul2 mengikut ajaran AlQuran sepenuhnya dan berapa ramai yg mengamalkan Sunnah Nabi saw. Keadaan umah semakin rosak dan kritikal, pergaulan bebas, pembuangan bayi, rompakan dll. sekarang yg jujur dipandang lekeh yg pandai berbohong diangkat dan dikatakan bijak apakah sekarang betulkan umat islam melaksanakan semua suruhan agama dan taat dengan perintah Allah. Sepatutnya Hukum Islam mesti di daulahkan bukan hukuman ciptaan manusia, masalah ummah tidak akan selesai selagi tidak mengikut hukum yg ditetapkan oleh pencipta manusia itu sendiri. Kita tidak boleh menunggu semua orang faham baru nak laksanakan hukum yg temaktub dalam Al-Quran kerana kelahiran dan kematian yg berterusan. kita mesti memberi kerjasama kepada golongan yg nak memartabat islam ke peringkat yg lebih tinggi. Agama mesti ada diatas baru diikuti oleh perkara2 lain. Bahagia kah kita dengan keadaan masyarakat yg ada sekarang, duduk dalam rumah seperti dalam penjara yang berjeriji kerana takut dirompak. Anak-anak yg diluar rumah takut diperkosa dll. Org Islam sebenarnya bukan primitif atau kolot tapi mereka lah orang yg maju dan bijak sampai kesana, iaitu mengharapkan kehidupan yg kekal abadi disana. Syurga yg dijanjikan Allah bukan bermatian, berbunuhan untuk mendapat nikmat dunia yg sementar ini yg akan binasa dan orang2 yg dikatakan moden dan maju itulah yg kolot kerana berusaha untuk dunia yg menipu daya, kelak menjadi bakaran api neraka.

 
Kita mencegah ialah melarang sebelum berlaku bukan menegur kepada perkara yg sudah berlaku.. kerana mencegah bukan mengubati..oleh itu jangan hampiri zina bukan setelah terlanjur baru di tegur. Ramai orang mengaku Islam tapi setakat mana ilmu yg mereka pelajari dan mengamalkannya untuk membuktikan sebenarnya mereka islam yg tulin atau islam sekadar keturunan. Sebab itu kita jangan kata pelampau kepada orang yg berjuang dengn harta dan nyawa mereka untuk mendapat darjat yg tinggi disisi Allah diakhirat kelak. Kalau kita tidak mampu mencegah dengan tangan, kita boleh cegah dengan mulut dan selemah-lemah iman, cegah dengan hati, bila kita seorang gadis islam yg penampilannya tiada beza dengan bangsa lain dan agama lain, kita doakan semuga mereka beroleh hidayah dari Allah, mungkin kalau dia faham tuntutan Islam yg sebenar2nya, dia lebih baik dari kita. Dunia ini tidak berhaga pun disisi Allah walau sebelah sayap nyamuk, oleh sebab itu orang2 kafir mendapat haknya karana mereka tiada tempat di akhirat. untuk hidup selesa didunia perlukan ilmu dan untuk hidup bahagia di akhirat perlukan ilmu. kita dilahirkan tanpa ilmu tapi Allah menyediakan segala pancaindera untuk kita menggunakannya dan kelak akan di persoalkan bagaimana kita menggunakan semua nikmat tersebut. Sesungguh Nabi Muhammad pemmbawa rahmat kepada sekalian alam. Nikmat yg sangat besar kepada kita nikmat Islam & nikmat Iman..
 ·  · Share

No comments:

Post a Comment