Thursday 13 October 2011

Rahsia-rahsia Puasa Bulan Ramadan


Rahsia-rahsia Puasa Bulan Ramadan

by Fakhri Mohd Fadzli on Friday, 13 August 2010 at 18:20
oleh : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni
Puasa memiliki banyak sekali rahsia dan tujuan. Rahsia dan tujuan ini tidak ada yang mengetahui kecuali orang-orang yang berpuasa dengan benar dan menerima syariat puasa ini dengan baik.

Rahsia pertama, ibadat puasa merupakan saranan dan jalan untuk memperoleh rasa ketakwaan kepada Allah. Kerana itulah pada akhir ayat mengenai puasa, Allah menutupnya dengan firman :

'' Semoga kalian termasuk dari golongan orang-orang yang bertakwa. '' (Al-baqarah: 21)

Allah tidak menyatakan, semoga kalian termasuk dalam golongan orang-orang yang mengambil pengajaran, atau semoga kalian termasuk dari orang-orang yang mengingati Allah (berzikir) atau semoga kalian termasuk orang-orang yang bersyukur. Akan tetapi, Allah menyatakan dengan ucapan, '' Semoga kalian termasuk dari golongan orang yang bertakwa. ''

Ibnu Mas'ud meriwayatkan, Rasulullah bersabda :

'' Wahai pemuda ! Sesiapapun di antara kalian yang telah memiliki kemampuan, hendaklah kamu menikah. Sungguh, nikah mampu menjaga pandangan dan kemaluan. Namun jika tidak memiliki kemampuan untuk menikah, maka hendaklah ia berpuasa. kerana puasa itu dapat menekan hawa nafsu. '' (HR. Bukhari dan Muslim)

Ertinya, puasa dapat membantu seseorang untuk memperoleh ketakwaan. Hawa nafsu dapat dikekang dengan rasa lapar, sehingga jiwa akan mampu untuk berjalan di jalan Allah.

Rahsia Kedua, puasa dapat membuat seseorang ingat kepada orang-orang yang kelaparan, iaitu mereka yang fakir, yang mungkin tidak banyak diketahui oleh orang-orang yang memiliki harta kekayaan. Orang yang sentiasa dengan mudah menyantap daging, buah-buahan, sayur-sayuran , baik siang ataupun malam pada umumunya tidak menyedari bahawa masih ada orang lain yang hidup kelaparan, baik siang mahupun malam.  Allah hendak memberitahukan kepada orang-orang kaya bahawa masih ada saudara-saudara kita yang tidur beralaskan debu, bernaungkan langit, dan tidak memperoleh sepotong pun roti ataupun makanan lain. Secara tidak langsung, Allah hendak mengatakan bahawa sekiranya kalian merasakan kelaparan selama satu bulan, masih ramai yang merasai kelaparan selama berbulan-bulan. lamanya.

Rahsia ketiga puasa dapat memudahkan seseorang melakukan ibadat. Secara kejiwaan, manusia, jika dalam keadaan kenyang dari makanan dan minuman, akan lebih cenderung kepada malas dan hanya mahu tidur sahaja. Akan tetapi, jika ia dalam kelaparan dan kehausan maka ia akan bergegas menghadap kepada Allah Maha Pencipta.

Oleh sebab itulah, Rasulullah selalu membiasakan diri dengan berpuasa hingga malam hari. Ketika para sahabat hendak menirukan apa yang dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW, iaitu dengan meneruskan puasa dari malam hingga ke siang hari (puasa wishal), baginda bersabda :

'' Aku tidak seperti kalian. Tuhanku telah memberiku makanan dan minuman. '' (HR. Bukhari dan Muslim)


Ibnu Qayyim berkata, '' Makanan dan minuman yang dimaksudkan oleh Rasulullah bukanlah makanan dan minuman yang masuk ke dalam mulut, akan tetapi apa yang dimaksudkan oleh baginda adalah anugerah rasa cinta kepada Allah SWT, kenikmatan bermunajat, dibukakannya pintu pengetahuan, doa yang dikabulkan, dan kedekatan kepada-Nya, sehingga mendatangkan perasaan senang dab bahagia. Dan ini semua dapat menggantikan makan dan minum. ''

Kononnya, bangsa Arab Jahiliah berasa cukup, jika sudah merasakan kebahagian dan kesenangan, meskipun tidak ada makanan dan minuman.

Rasulullah sendiri selalu membiasakan diri membaca ayat-ayat Al-Quran, berdoa kepada Allah dan bertaqarrub kepada-Nya. Itu semua lebih disukai baginda  daripada makan dan minum. Tenaga bagi jiwa seseorang adalah nila-nilai kehidupan, sedangkan tenaga bagi tubuhnya ialah makanan dan minuman. 

Seorang alim pernah bekata kepada anaknya :
Kekuatan bagi jiwa adalah nilai bukan makanan ataupun minuman

Di bulan suci, Rasulullah selalu berada dalam keadaan senang, gembira dan penuh rasa cinta terhadap Allah. Hal itu dilakukan agar Allah memberikan taufiq kepadanya pada bulan Ramadan itu. Anugerah dari Allah tidak datang kepada Baginda sebelum baginda melakukan puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadan. Oleh itu, baginda sentiasa berpuasa di bulan Ramadan dan membiasakan diri dengan melakukan solat malam..

dipetik daripada buku ,  Hikmah Bulan Ramadan karangan Dr Aidh Abdullah Al-Qarni
 ·  · Share

No comments:

Post a Comment