Thursday 13 October 2011

Persiapan sebelum menghadapi bulan Ramadhan


Persiapan sebelum menghadapi bulan Ramadhan

by Muslim Thought on Saturday, 07 August 2010 at 22:59


1. PERSEDIAAN ROH DAN JASAD.

Dengan cara menyediakan diri pada bulan Syaban (bulan sebelum Ramadhan) iaitu kita telah biasa berpuasa sehingga ruhiyah imaniah meningkat dan tubuh badan juga sudah biasa berpuasa. Dengan kebiasaan dan persediaan yang ada, bulan Ramadhan yang mulia ini dapat dihadapi dengan melakukan amal dan kegiatan yang berfaedah. Dalam hal lain, perkara yang tidak diingini tiadak akn terjadi seperti proses penyesuaian yg kadang-kadang dirasai oleh orang yang pertama kali berpuasa seperti lemah badan, demam datau panas digin dan sebagainya.
Rasulullah saw menganjurkan kepada kita agar memperbanyakkan puasa sunnah pada bulan Sya’ban ini. “Aisra ra berkata; “Rasulullah saw berpuasa, sampai-sampai kami menyangkanya tidak pernah meninggalkannay”.Demikianlah yang diriwayatkan dalam riwayat Bukhari dan Muslim.
Dalam riwayat lain dikatakan bahawa : “Beliau melakukan puasa sunnah pada bulan Sya’ban sebulan penuh,dan menyambungnya pada bulan Ramadhan”. (Hadith sahih diriwayatkan oleh para ulama’ hadits,rujuk Riyadhush-Shalihin, Fat hul bari, Sunnan At-Tarmizi dan lain-lain).

Galakan tersebut dikuatkan lagi dengan menyebutkan keutamaan bulan Sya’ban. Usamah bin Zaid bertanya kepada Rasulullah saw. Katanya: “Ya Rasulullah, saya tidak meluhat engkau berpuasa pada bulan-bulan yg lain sebanyak puasa di bulan Sya’ban ini”? Beliau saw menjawab: “Itulah bulan yang dilupakan orang, antara Rajab dan Ramadhan, bulan ditingkatkannya amal perbuatan kepada Allah swt. Dan aku ingin amalku diangkat sedang aku dalam keadaan berpuasa”. (HR An-Nasa-i)

2. PERSIAPAN MATERIAL
Bulan Ramadhan merupakan bulan muwasaah (bulan memberi sedekah). Memberi sedekah kepada orang lain walaupun diri sendiri tidak semampu mana, adalah amat digalakkan. Ganjaran pahala yang besar akan diberikan kepada orang yang tidak berkemampuan tetapi memberi sedekah kepada orang lain yang berpuasa, walaupun Cuma sebiji kurma, seteguk air atau sesudu mentega.
Rasulullah saw pada bulan Ramadhan ini adalah sangat dermawan dan pemurah. Dapat digambarkan bahawa sedekah kebaikan Rasulullah saw kepada masyarakat dapat dirasai oleh setiap penduduk.

3. PERSIAPAN PANDANGAN/PEMIKIRAN
Persiapan ini megandungi dua isu iaitu;
1. Mempunyai pandangan yang utuh tentang bulan ramadhan dan keutamaan bulan Ramadhan.
2. Dapat memanfaatkan dan mengisi bulan Ramadhan dengan kegiatan-kegiatan yg logik dan tegas untuk mencapai ketaqwaan.

saya minta maaf sekiranya ada kesilapan....artikel ini saya translet dari bahasa Indonesia ke bahasa Melayu...jadikan iktibar dan tambahkan pengetahuan. Insya Allah diberkati...

Assalamualaikum.....from MT :)
 ·  · Share

No comments:

Post a Comment