Sunday 16 October 2011

Kewujudan aku!!!


Kewujudan aku!!!

by Sekadar Perkongsian on Friday, 04 February 2011 at 08:23
Dengan lafaz....

Bismillahirrahmaanirrahiim.


Lafaz syukur saya panjatkan ke hadrat ILAHI kerana masih memberi peluang kepada saya untuk merasai nikmat IMAN dan ISLAM dalam kehidupan saya dan hakikatnya saya masih cuba dan mencuba untuk merasainya. Syukur juga ALLAH SWT mengurniakan insan-insan yang pelbagai ragam dan semestinya mereka semua mempunyai keistimewaan masing-masing. Dan lafaz syukur sekali lagi dilafazkan kerana telah mengurniakan beberapa orang sahabat yang lebih rapat yang sering mengingatkan tentang kehidupan di akhirat kelak.

Tidak lupa, kesyukuran buat selama-lamanya kerana dikurniakan Mak dan Abah dalam kehidupan saya ini. Tanpa perantaraan Allah melalui mereka, tidak mampu untuk saya melihat dunia beserta keindahan yang ALLAH SWT ciptakan untuk direnungi oleh orang-orang beriman.



Aku sayang ALLAh. Aku rindu ALLAH. Aku cinta ALLAH.

Wujudnya SP ini, semoga saya dapat kongsikan sesuatu yang bermanfaat. Saya bukan siapa-siapa. Tetapi saya hamba ALLAH. Hamba kepada Tuan Punya Dunia. Dengan harapan, semoga saya berjaya dalam hidup dan sentiasa istiqamah mengerjakan suruhan ALLAH SWT. Serta menjadi seorang Musleem yang membawa nama baik serta saranan Islam.

Perkongsian dari kalian juga, saya alu-alukan. Terima Kasih.

Semoga ALLAH merahmati.
 ·  · Share

No comments:

Post a Comment