Thursday 13 October 2011

Wanita Terlanjur, Rasa jijik & Diterimakah Taubat?


Wanita Terlanjur, Rasa jijik & Diterimakah Taubat?

by Syahida Farah Ishak on Sunday, 15 August 2010 at 16:02
SOALAN
Salam,saya pernah terlanjur dengan boyfriend tapi itu bukan atas kerelaan saya. Sayadipaksa melakukannya. Dalam hati, tidak sedikit pun terlintas perasaan itu.Saya menolak tapi dia tetap memaksa. Sekarang saya ingin tahu adakah Allah akanmenerima taubat saya setelah saya terlanjur? Saya berasa sangat sedih, jijikdengan diri dan hidup saya sudah tidak tenteram. Hati saya selalu tidak tenang.Saya merasakan Allah tidak akan menerima taubat saya. Tolonglah bantu saya.
-Soalan melalui ruangan komen di artikel lepas-

JAWAPAN
Pertamanya,saya ucapkan syabas kerana saudari masih mempunyai iman dan punyai ilmu tentangharamnya tindakan itu, kerana itulah timbul perasaan takut, kesal, tidak tenangdan takut. Sekiranya perasaan itu makin menghilang, ia tanda iman juga semakinmeluntur dengan sangat teruknya.
Iabertepatan dengan Hadith Nabi SAW :
منسَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فذلك الْمُؤْمِنُ
Ertinya"Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasaburuk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (RiwayatAt-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinyasohih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 )
Apayang perlu dilakukan kini adalah meneruskan taubat. Taubat sebenar yang akanditerima Allah adalah dimulai dengan rasa penyesalan amat sangat dan diturutdengan beberapa amalan di bawah. Antara package dalam taubat di dalam Islamadalah seperti berikut :-
1)Bertaubat dengan sungguh-sungguh.
Kesaldan menangisi dosa yang dilakuakn dengan azam untuk TIDAK mengulanginya.
2)Tidak berjumpa teman lelaki atau 'dating' berdua-duaan dengannya.
Jikajumpa sekalipun, perlu diajak ahli kelurga yang tegas dalam soal hukum Islambersama ( Jika tidak tegas, ia sama seperti tiada). Jika tiada abang, hanyaberjumpa di rumah saudari dengan kehadiran ibu bapa (yang juga dari kalanganyang prihatin dan mesti mereka sentiasa bersama). Jika tidak mampu juga,Maaf !.Saudari tiada pilihan lain kecuali mesti mencari jalan untuk mampumelakukannya.
Jikatidak, saudari pasti akan terus mengulangi zina pada satu hari nanti. Selepasitu, segala pintu iman akan semakin tertutup rapat buat saudari, peluangmenjadi celaka dan melahirkan zuriat yang celaka juga semakin membesar. Awas!
Syahwatseksual dan zina adalah sama seperti dadah dan kegilaan harta material, iaboleh membawa seseorang menjadi mabuk dan lupa segala-galanya. Sebagaimanahadis yang telah saya bawakan dahulu iaitu :-
لوكان لابن آدَمَ وَادِيَانِ من مَالٍ لَابْتَغَى ثَالِثًا ولا يَمْلَأُ جَوْفَ بن آدَمَإلا التُّرَابُ
Ertinya: Sekiranya anak Adam itu punyai dua lembah dipenuhi emas, nescaya sudah tentumereka akan inginkan yang ketiga, dan tidak disumbatkan ke dalam perutnyakecuali tanah (mati)( Riwayat al-Bukhari , 5/2364 )
Demikianjuga perihalnya dengan nafsu syahwat seksual. Ia merupakan satu penyakitdalaman yang serius serta amat sukar dirawati. Ia sama sekali tidak bolehdipuaskan jika tidak dikawal dengan iman.
3)Mencari rakan wanita yang solehah di sekitar saudari.
Iniadalah satu tindakan yang baik, kerana dalam keadaan demikian, saudarimemerlukan kaunseling berterusan dan kerap. Ia tidak akan diperolehi jikasaudari berkawan dengan rakan yang seperti tingkah laku saudari sekarang. Jikasusah untuk mendapatinya, sertailah kumpulan dan NGO yang mengumpulkanwanita-wanta baik dan berprogram bersama mereka seperti. Antara contohnya,sertai NISA', ABIM, JIM, ISMA dan lain-lainnya.
Iaadalah saranan Nabi s.a.w :-
إنمامثل الجليس الصالح والجليس السوء كحامل المسك ونافخ الكير فحامل المسك إما أن يحذيكوإما أن تبتاع منه وإما أن تجد منه ريحا طيبة ونافخ الكير إما أن يحرق ثيابك وإما أنتجد ريحا خبيثة
Ertinya: Sesungguhnya perumpaan rakan yang baik dan yang jahat itu, ibarat rakanpembawa minyak wangian dan tukang besi peniup api ; adapun rakan baik adalah sepertipembawa wangian, ia (membawa kesan kebaikan) iaitu samada ia akanmenghadiahkanmu wangian, atau kamu membeli darinya ataupun kamu akan dapatbauan wanginya juga. Manakala rakan buruk seperti tukang besi penyala api, samada ia akan membakar bajumu atau akan mendapati bauannya(peluh) yang tidak enak" ( Riwayat Muslim, no 4762 )
Hasilnya,wajiblah mencari rakan yang baik. Termasuk mencari teman lelaki yang baik.Antara tanda lelaki itu baik adalah dia TIDAK AKAN PERNAH MEMBICARAKAN SOALSEKS ATAU YANG MENAIKKAN SYAWAT denganmu sama ada melalui sms, telefon atauberdepan, SELAGIMANA DIA belum bernikah denganmu. Mana-mana lelaki yangmembicarakannya atau meminta sebelum bernikah adalah lelaki jahat dan tidaklayak dijadikan suami atau itulah bakal suami penzina, kecuali apabila merekajuga bertaubat.
4)Berkenaan ayat dan surah tertentu.
Adayang bertanya ayat tertentu untuk bacaan harian agar terjauh dari zina. Hakikatnyadalam Islam, sekadar mengalakan ayat tertentu tanpa menghayati ertinya, masih tidakmampu menjamin terjauh dari zina serta membawa kesan dan perubahan ke arah yanglebih baik. Pun begitu, jika masih ingin amalkan ayat tertentu,maka baca danfahamilah ayat berkenaan dosa zina banyak-banyak, moga ia dapat menghindarkandiri darinya.
Ayatnyaadalah firman Allah:-
الزَّانِيَةُوَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُمبِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِالْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ
Ertinya: "Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka sebatlahtiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan, dan janganlah belaskasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jikakamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan)hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman" (Surah An-Nur : 2)
5)Memperbaiki solat dan memperbanyakkan amalan.
Saudarimengatakan saudari solat tetapi masih gagal mengawal nafsu, Ini bererti solatsaudari perlu diperbaiki kerana solat merupakan antibodi terkuat dalam Islamuntuk mengawal nafsu.
Allahswt mengarahkan mereka yang bertauat untuk mengriigi dosanya denganmemperbanyakkan amalan soleh, dengan harapan rahmat dan belas Allah akanmelebihi murkanya.
KESIMPULAN
Saudarimenyatakan saudari 'tidak rela' , ada dua perkara di sini :-
Pertama: kerelaan untuk berzina tu bukan semestinya dalam bentuk kita setuju semasakejadian tu sahaja, tetapi berdua-duaan dan berada dalam keadaan yangmembolehkan zina itu berlaku itu sendiri adalah TANDA KERELAAN SEBENARNYA.Kiranya saudari tidak keluar atau berdua-duaan dengannya, pasti dia pun TIDAKboleh memaksa.
Makapuncanya tetap dari kesalahan saudari juga. Justeru, putuskan hubungandengannya sama sekali dan jangan ulangi keluar dengan lelaki asing berdua-duaan,khususnya di tempat yang membolehkan berlakunya zina atau rogol. janganlah beralasan bahawa 'terlalu cintakannya' , 'terlalu sayangkan dia' sehingga tidak mampu untuk berenggang dan putus darinya. Semua itu hanyalah nafsu dan bukan cinta dan sayang yang suci, ia adalah 'ibarat cinta dan sayang seorang penagih dadah kepada dadah' sehingga sukar berpisah darinya. Memang sukar, namun perlukan azam kuat dan menempuh tembok syaitan dan nafsu yang besar.
Kedua: Dari sudut undang-undang dunia pula, jika itu berlaku saudari sudah dikiradirogol. Tatkala wajiblah saudari melaporkan kepada polis dan bukan hanyabertanya kepada mana-mana ustaz sahaja tanpa tindakan undang-undang. Tindakanmembiarkan ia berlalu tanpa laporan adalah antara seburuk-buruk perlakuanseseorang mangsa rogol, walaupun mungkin dia sedang menderita, trauma, malu ,sedih dan sebagainya, namun perlu ada ahli keluarga membantu untuk memastikanlaporan dibuat. Laporan itu perlu bagi menyekat si 'jantan' meneruskan aktivitidosanya.
Akhirsekali, sentiasalah bersangka baik Allah akan menerima taubat setelah kitaberusaha bersungguh-sungguh membuktikan penyesalan kita. Allah ada menyebutbahawa Allah bersama sangkaan hambaNya. Jika kita yakin Allah meneirmanya, makaAllah dengan sifat maha pengampunNya akan mengampun hambanya yang benar-benarikhlas dan bersungguh. Semoga berjaya mendapat keampunannya.

Sekian
ZaharuddinAbd Rahman
www.zaharuddin.net
7Ogos 2010

 ·  · Share

No comments:

Post a Comment