Sunday 16 October 2011

Terlambat untuk solat jumaat?


Terlambat untuk solat jumaat?

by Sekadar Perkongsian on Thursday, 03 February 2011 at 22:24
Bismillahirrahmaanirrahiim
Bersempena esok ialah hari jumaat, saya ingin menyentuh sedikit mengenai beberapa perkara dalam solat jumaat. Dan yang lebih penting bagi saya untuk di tulis di sini ialah mengenai kelewatan makmum untuk mengikuti solat jumaat berjemaah kerana benda ni selalu berlaku di semua masjid. Kadang-kadang saya terfikir juga, kenapa ada segelintir suka membuat kacau bising ketika solat jumaat sehingga terlupa nak bersolat. Semoga bermanfaat..



Para ulama telah bersepakat bahwa siapa yang tertinggal ikut jemaah solat jumat, maka harus solat empat rakaat yaitu solat zhuhur. Sedangkan perkara apakah seseorang itu dikatakan masih mengikut solat jumat atau tidak adalah bila minimal masih mendapat satu rakaat bersama imam dalam solat jumat.

Misalnya, pada solat jumat ada seorang yang terlambat. Lalu dia ikut solat bersama imam, sedangkan saat itu imam sudah berada pada rakaat kedua tapi belum lagi bangun dari ruku‘. Maka bila makmum itu masih sempat ruku‘ bersama imam, bererti dia telah mendapat satu rakaat bersama imam. Dalam hal ini, dia mendapatkan solat jumat kerana minimal ikut satu rakaat. Jadi bila imam mengucapkan salam, maka dia berdiri lagi untuk menyelesaikan satu rakaat lagi.

Tapi bila dia tidak sempat bersama imam pada saat ruku‘ di rakaat kedua, maka dia tidak mendapat minimal satu rakaat bersama imam. Yang harus dilakukannya adalah tetap ikut dalam jamaah itu, tapi berniat untuk shalat zhuhur.

Bila seseorang masuk masjid untuk solat jumat, tetapi imam sudah i`tidal (bangun dari ruku`) pada rakaat kedua, maka saat itu dia harus takbiratul ihram dan terus mengikut solat berjemaah bersama imam tapi niatnya adalah solat zhuhur. Bila imam mengucapkan salam, maka dia berdiri lagi untuk solat zhuhur sebanyak 4 rakaat. Ketentuan ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

  عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ مَرْفُوعًا  مَنْ أَدْرَكَ رَكْعَةً مِنْ الصَّلاةِ فَقَدْ أَدْرَكَهَا
Dari Abi Hurairah ra.“Siapa yang mendapatkan satu rakaat bersama imam, maka dia terhitung (mendapat) shalat itu”. (Hadits Muttafaq Alaihi)[1].
وَعَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ r مَنْ أَدْرَكَ رَكْعَةً مِنْ صَلاةِ اَلْجُمُعَةِ وَغَيْرِهَا فَلْيُضِفْ إِلَيْهَا أُخْرَى وَقَدْ تَمَّتْ صَلاتُهُ رَوَاهُ النَّسَائِيُّ, وَابْنُ مَاجَهْ, وَاَلدَّارَقُطْنِيُّ, وَاللَّفْظُ لَهُ, وَإِسْنَادُهُ صَحِيحٌ, لَكِنْ قَوَّى أَبُو حَاتِمٍ إِرْسَالَهُ
Dari Abdullah bin Umar ra. bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Siapa yang mendapatkan satu rakaat pada shalat Jumat atau shalat lainnya, maka tambahkanlah rakaat lainnya, maka dia terhitung (mendapat) shalat itu”. (HR. An-Nasai, Ibnu Majah, Ad-Daruquthuni)[2] 




[1] Shahih Bukhari 580, Shahih Muslim no. 607

[2] Lafadz ini oleh Ad-Daruquthuni. Isnad hadits ini shahih, namun Abu Hatim menguatkan ke-irsalannya. 

No comments:

Post a Comment