Thursday 13 October 2011

KUBUR BERKATA-KATA


KUBUR BERKATA-KATA

by Muhammad Hafiz on Saturday, 14 August 2010 at 07:34
Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-
1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w." Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :- 1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-
1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri
Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing." Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t..

Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini. Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal.

Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya." Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

Saya sertakan dengan fadilat bagi surah al-Mulk as-Sajdah, al-Hasyr dan ad-Dukhan:
1)memperoleh syafaat Daripada Abi Hurairah ra. Rasullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah Al-Mulk." (Tabaarakal-Lazi)."

2)sebagai sahabat dalam kubur Daripada anas Ibnu Malik: Nabi SAW telah bersabda: "Sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dan tidak ada bersamanya sedikitpun kitab Allah kecuali "Tabaarakal Lazi". Maka apabila dimasukkan ke dalam lubang kubur, datanglah malaikat. Maka surah itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata kepada surah itu. Sesungguhnya kamu daripada kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu, sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia, dan kepada saya kemudharatan atau kemanfaatan. Sesungguhnya jika kamu mahu memberi manfaat kepada dia (si mati), jadi pergilah menemui allah SWT. Dan mintalah shafaat daripadanya. Maka dia pun (surah) menemui allah SWT. Dan berkata: "Wahai Tuhanku, si fulan ini (si mati), dia pilih saya dalam kitabmu dan dia pelajari saya dan dia membaca saya, bolehkah wahai Allah, Engkau membakarnya dan menyeksanya, walhal saya di dalam dadanya. Maka jika Engkau ingin berbuat demikian, jadi padamlah saya dari kitabmu. Allah SWT berfirman: "Aku nampak kamu marah." Dia menjawab (surah): "Sesungguhnya saya marah. allah SWT berfirman: "Pergilah sesungguhnya Aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi shafaat ke atasnya." Nabi SAW bersabda: "Surah itu datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa kepada si mati. Maka surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati dan mengucapkan selamat datang kepada dada yang sentiasa menghafal dan menjaga saya. Dan selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa berdiri dan membaca saya. Maka surah itu bersama si mati dalam kuburnya supaya dia (si mati) tidak merasa kesunyian. Anas berkata: "Apabila Nabi SAW khabarkan hadis ini maka tidak ada seorangpun yang kecil mahupun yang besar, hamba mahupun tuan kecuali dia mempelajari surah ini dan Nabi SAW memanggil surah ini Al-Munjiah: iaitu yang menyelamatkan." (HR. Ibnu Katsir)

3)terhindar dari sekda kubur Daripada Ibnu Abbas ra. berkata seorang sahabat Rasullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dab beliau tidak tahu itu kubur maka di dalam kubur itu terdengar suara bacaan surah Al-Mulk sehingga khatam maa beliau menemui baginda SAW dan berkata: "Wahai Rasullah SAW, saya dirikan satu khemah atas satu kubur dan saya tidak tahu itu kubur dan saya dengar seorang manusia sedang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam. "Nabi SAW bersabda itulah yang menahan yang menyelamatkan dia daripada seksaan kubur. (HR. At-Tirmizi) Dan Lais berkata kepada Thawun bahawa kelebihan dua surah ini 70 kali lebih baik daripada tiap-tiap surah dalam Al-Quran.

4)Terhindar daripada Api Neraka Daripada Ibnu Abbas ra. berkata: "Adakah kamu mahu saya khabarkan kepadamu satu hadis yang menggembirakan kamu, ia berkata bahkan! "Beliau (Ibnu Abbas) berkata bacalah surah Al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli kamu dan semua anak kamu dan kepada anak-anak kamu yang belum baligh di rumahmu dan jiranmu sesungguhnya yang menyelamatkan dari berdebat hari kiamat di depan Allah SWT memohon kepada pembacaanya supaya Allah SWT menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacaannya juga selamat daripada seksaan kubur. Dan Nabi SAW bersabda: " Saya suka kalau surah ini dalam hati tiap insan dari umatku." (HR. Ibnu Katsir)  

as-Sajdah:
1)Rasullah SAW bersabda: "Alif Lam Mim As-Sajdah datang di hari kiamat dengan mempunyai dua sayap yang menaungi pembacanya, seraya berkata; Tidak ada jalan bagi orang lain atas engkau, tiada jalan bagi orang lain atas engkau." (HR. Abu Ubaid)

Surah Al-Hasyr

1) Malaikat berselawat ke atasnya Daripada Fadhil Ibnu Yassar Al-Muzani r.a berkata: Nabi SAW telah bersabda: "Sesiapa membaca ketika bangun subuh "A'uuzubillahhis-Sami'il-alimi-Minas-Syaitanir-Rajim." Kemudian membaca 3 ayat akhir surah Al-Hasyr maka Allah SWT mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid. (HR. At-Tarmizi)

Surah Ad-Dukhan

1)Daripada Abi Hurairah r.a berkata: Nabi SAW telah bersabda: "Sesiapa membaca surah "Haamim Ad-Dukhan" pada waktu malam, maka esoknya tujuh puluh ribu malaikat akan meminta ampun baginya. (HR. Ibnu Katsir)

No comments:

Post a Comment