Saturday 8 October 2011

KESEDARAN UNTUK BERAMAL...


KESEDARAN UNTUK BERAMAL...

by Misses Najiha on Saturday, 22 January 2011 at 16:10
  Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu kurang ketawa dan banyak menangis"
(Riwayat al-Bukhari)

Martabat hadith: Sahih
Keterangan:
  
Dari kitab Fathul-Bari, perkara yang dimaksudkan Nabi s.a.w ialah mengetahui tentang keagungan Allah, balasan terhadap pelaku maksiat dan kegerunan yang berlaku pada saat nyawa dicabut, selepas mati, dan keadaan di dalam kubur dan hari Qiyamat.
  
 Mengingati perkara tersebut dapat mendorong melakukan amal ibadah.

Kesimpulannya:
   Dalam hadith ini Nabi s.a.w memberi peringatan kepada kita supaya memperbanyakkan amal ibadah kita. Beliau telah menyatakan sekiranya kita tahu perkara ghaib yang Allah s.w.t  telah dedahkan kepadanya itu pasti kita akan lebih tekun melakukan amal ibadah dan menangis memohon dan mengharap keampunan Allah s.w.t  pada setiap saat dan ketika.

 Sekiranya kita tahu perkara yang dimaksudkan Nabi s.a.w  itu pasti kita tidak hiraukan lagi dengan kenikmatan dunia yang berupa sementara. Perkara tersebut dapat menggoncangkan hati dan jiwa daripada terus terlena dalam buaian hawa nafsu kita.
  
Dari itu, marilah kita bangun dari keasyikan hawa nafsu kita yang selama ini telah melalaikan kita dari melakukan amal ibadah

Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment