Saturday 8 October 2011

JUMAAT YANG INDAH


JUMAAT YANG INDAH

by Abu Zarr on Friday, 28 January 2011 at 08:29
Salam Jumaat,

ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum solat Subuh, Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi’ tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, dia mendengar Nabi s.a.w bersabda: Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya.

Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai), tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik.

Nabi Muhammad bersabda: Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat).

Kelebihan orang yang sering berzikir kepada Allah:

a. mendapat keredhaan allah dan memperolehi ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan di dalam jiwa.

b. menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.

c. mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari allah serta dimurahkan rezeki.

d. dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya kerajaan allah.

e. segera mendapat pembelaan dari allah apabila seseorang itu berada dalam kesusahan dan kedukaan.

f. mendapat kehormatan dan doa dari sekalian malaikat.

g. memperolehi pohon tamar di dalam syurga kelak, semakin banyak dia berzikir maka semakin banyaklah pohon tamar itu untuknya.

h. mendapat nur dari allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh dan titisan sirat nanti.

i. dapat membina rumah dan juga istana di dalam syurga. apabila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di syurga.

j. menjadi pendinding dan perisai dari neraka jahanam.

No comments:

Post a Comment