Thursday 13 October 2011

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH....LAILATUL QADR: Lebih baik dari seribu bulan.


ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH....LAILATUL QADR: Lebih baik dari seribu bulan.

by Mtd Kota Lama on Sunday, 15 August 2010 at 19:11
Minggu pertama Ramadhan hampir berlalu. hanya tinggal dua minggu sahaja tinggal kita berada dalam sepuloh malam akhir yang sangat di beratkan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai Sunnah Baginda SAW untuk direbut bagi melipatgandakan amalan qiamullail di Masajidallah.
Sesungguhnya Nabi SAW beriktikaf sepanjang sepuloh hari akhir Ramadhan sekalipun rumah Baginda SAW dengan Masjid Nabawi hanyalah dipisahkan oleh dinding sahaja.

Maksudnya; Jika ambil perbandingan masakini dengan masa itu, kediaman Baginda SAW,
masakini: seumpama BILEK PEJABAT/IMAM Masjid
( masjid kampong !!! dan bukan Masjid negara, kerana Masjid Negara pejabatnya... jauh dari ruang utama masjid.)

Kerana; Nabi Muhammad SAW pernah di sisirkan rambutnya oleh Hadzrat Aisyah RHA isteri Baginda SAW dengan hanya menghulurkan lehernya yang bermakna antara yang dipanggil Masjid dengan kediaman SAW hanyalah 'dinding sahaja'.
ITUPUN: Nabi Muhammad SAW beriktikaf DIMASJID sepanjang sepuloh akhir Ramadhan
( sepuluh hari sepuloh malam )
tanpa balik/masuk ke dalam rumah yang jaraknya hanya sebalik dinding.
DEMIKIAN ITULAH REALITI AMALAN 'IKTIKAF' SEPULOH AKHIR RAMADHAN YANG DIAJARKAN OLEH BAGINDA SAW.

Manakala, bagi Mukminah, iktikaf di MASJID mereka ialah di ruang solah yang lazim khusus dirumah masing-masing, maksudnya :
tempat solah diruang khas bagi setiap rumah yang sehari-hari di gunakan oleh Mukminah, itulah IKTIKAF BAGI MUKMINAH, maksudnya selain dari menunaikan kewajiban sebagai surirumah atau keperluan tertentu yang disyariatkanNya, Para Mukminah yang berniat iktikaf seharusnya mengekalkan iktikafnya di tikar-sejadah tempat solah masing-masing sepanjang sepuloh akhir Ramadhan.
Insyaallah.

Saya, anda dan semua macam mana ? sudahkah menyiapkan diri untuk iktikaf sebagaimana yang dicontohkan Baginda Nabi SAW ?

Tentulah kepada mereka yang pernah merasakan nikmat kurniaNya menjalani ibadah dimalam Al Qadr itu akan terus terasa rindu untuk mengulanginya. Insyaaallah.
 ·  · Share

No comments:

Post a Comment