Thursday 13 October 2011

ADAB DAN KIAT MENGISI RAMADHAN


ADAB DAN KIAT MENGISI RAMADHAN

by Muslim Thought on Wednesday, 11 August 2010 at 04:17
1.Puasa yang baik dilakukan dengan motivasi kerana Allah SWT
“Semua amal Ibnu Adam adalah untuknya, satu kebaikan dibalas dengan sepuluh kali lipat sampai tujuh ratus kali lipat, Allah SWT berfirman: Kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku, dan AKU yang akan membalasnya, sesungguhnya ia telah meninggalkan nafsunya, makanannya, minumannya demi AKU, orang yg berpuasa memiliki dua kegembiraan sekali waktu berbuka puasa, dan sekali waktu bertemu Robbnya, sesungguhnya bau kurang sedang mulut yang berpuasa itu lebih wangi di sisi Allah SWT daripada minyak wangi”. (Shahih Bukhari Hadits no: 1904, dan lihat Sahih Muslim hadith no: 163 bab keutamaan puasa dengan sedikit diringkas)

2.Disunnahkan bagi yg berpuasa adar memperlambat makan sahur, dan mempercepat berbuka.
• “bersahurlah, sesungguhnya dalam sahur itu ada keberkatan”. (HR Muslim).
• “Mintalah pertolongan dengan makan sahur agar dapat berpuasa disiang harinya, dan dengan tidur siang, agar dapat qiyamul-lail di malam hari”. (HR Ala Hakim)
• “Ada tiga hal yang dicintai Allal SWT: menyegerakan berbuka, mengahirkan sahur dan meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri ketika solat”. (HR Ath-Thabarani)
• “Manusia akan selalu dalam keadaan baik, selama mereka meyegerakan berbuka”. (HR Muslim).

3.Berdo’a ketika berbuka
• “Bagi orang yg berpuasa ketika ia berbuka, doanya tidak ditolak”. (HR Ibnu Majah)
• “Ya Allah, untuk-Mu aku berpuasa, dan dengan rezeki-Mu aku berbuka, kepada-Mu aku bertawakkal, kepada-Mu aku beriman, dahaga telah hilang, urat-urat pun telah membasah dan pahala telah Engkau tetapkan Insya Allah taa’la. Ya Allah yg Maha Luas Kurnia-Nya, ampunilah aku, segala puji bagi Allah, yg telah memberikan pertolongan kepadaku, sehingga aku dapat berpuasa dan yang telah memberikan rezeki kepada ku, sehingga aku dpt berbuka”.

4.Memberikan makanan untuk orang yang berbuka puasa.
“Barang siapa yg memberikan makanan utk berbuka bagi orang yang berpuasa, maka dia akan mendapatkan paha seperti orang yang berpuasa dan berpuasa itu tidak dikurangi pahalanya sedikitpun”. (HR Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).

5.Menjaga mata, telinga dan lidah serta anggota-anggota badan lainnya dari perbuatan yang tidak ada faedahnya, dan menjauhkan diri dari perbuatan-perbuatan dosa.
• “Barang siapa yg tdk menjauhkan kata-kata dan perbuatan bohong, maka Allah tdk menerima puasanya”. (HR Bukhari).
• “Boleh terjadi org yang qiyamul-lail itu hanya mendapatkan meleknya sahaja dan orang yg berpuasa itu hnya mendapatkan lapar dan hausnya sahaja.” (HR Ahmad,Ath-Thabarani dan Al Baihaqi dari Ibnu Umar, juga diriwaykan oleh Ibnu Majah dari Abu Hurairah dengan kandungan yang sedikit berbeza).

6.Memberikan perhatian yg lebih besar, dalam moral ataupun material kepada keluarga dan sanak keluarga serta memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin.
• “Rasulullah saw adalah sangat dermawan, dan beliau saw lebih dermawan pada bulan Ramadhan, ketika bertemu Jibril as, sungguh , sedermawaan beliau saat itu lebih kuat daripada angin yang bertiup” (HR Muttafaqun ‘alaih)

7.Meningkatkan kajian tentang Islam, Tadarus, Tilawah dan Tela’ah Al-Quran, Zikir, Doa dan amalan kebajikan lainnya ( Al-Baqarah: 183-187)
“Dan Jibril ‘Alais-salam menjumpai nabi saw pda setiap malam bulan Ramadhan, dan beliau mengajaknya bertadarrus Al-Quran”. (HR Muttafaqun ‘alaih).

8.I’tikaf pada ‘Asyrul Awakhir (10 hari terakhir bulan Ramadhan) dan meningkatkan aktiviti pada hari tersebut.
“Nabi saw apabila memasuki sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, beliau menghidupkan malam (dengan Ibadah), beliau membangunkan keluarganya dan beliau menjauhi isterinya.”

9.Meningkatkan kesedaran bermuroqobah, berasa diawasi oleh Allah SWT yang Maha Mengetahui, dan selalu menyedari bahawa diri kita tengah berpuasa, tengah beribadah dalam mencapai ketaqwaan.
“Dan agar kamu mengagungkan Allah sesuai dgn apa yg ditunjukkan kepadamu”. (Al-Baqarah:185)

10.Pandai menentukan skala kepentingan amal Islam dgn mengutamakan amal yang lebih penting, lebih banyak manfaatnya dan lebih cepat membawa kita kepada Syurga.
Berjuang di jalan Allah SWT dalam menegakkan kalimat-Nya ataupun berinfaq fi fisabilillah, seperti yang dicontohkan olh Rasulullah saw dan sahabat-sahabatnya. Ketika orang-orang minta pengecualian dari berinfaq dan berjihad, Rasulullah saw bersabda: “TIDAK BERSEDEKAH, DAN TIDAK BERJIHAD? JADI DENGAN APA KAMU INGIN MASUK SYURGA?”.
 ·  · Share

No comments:

Post a Comment